sekolah kamek

assalamualaikum

ok2, since ade yang dah bising suruh citer pasal sekolah, arini saya akan bercerita tentang sekolah kamek. aah, bertuah giler first posting dah ade sekolah sendiri: SK Bazz Hilir, Kuching. hik3 seriously?



aok, sk bazz hilir = Sk Tabuan Hilir


tapi kat sini dah takde orang panggil bazz dah,sedih ..susah mena sidaknya mauk nungga nama norbazriana tek. alih-alih penuh timetable kelas PAI Tahun 1 dan Tahun 3 dengan initial nama rina..huu what to do? rinduu bazz yang taff itu. but welcome back my childhood's petname. haha

papepun sekolah ni mmg nyaman. nyaman tu masudnye best! mmg environment friendly. dan yang paling best pagi-pagi, kol 6.20 dah bergerak ke sekolah ntok sampai sebelum pukul 7. kalau kt smnnjung time-time tu baru nak gerak kot, ke lg lambat? hihi  dan nak sampai sekolah kena lalu 9 bulatan. hambik nak lari sangat dari bulatan kan?hehe

semerah langit samarahan. shoot dr seat co-pilot

hmm..merantau tempat orang, buatkan kita belajar banyak benda. salah satunye aq tengah kumpul vocab bahasa sarawak ..hari-hari praktis supaya nanti boleh cakap dengan fasih dan lancar. walaupun kadang-kadang kena bahan dengan cikgu senior,,sian kat aku xder orang bekap.almaklumlah cikgu paling bongsu kat sekolah.(TT)

nak cter sal sekolah byk-byk pon x tawu nk cter ape sangat sbenarnye..korg tgk je la website skolah aq ni ha..hik3.. sebarang surat menyurat atau delivery bley la dialamatkan kepada:


SK Tabuan Hilir,
Kampung Tabuan Melayu,
93450 Kuching,
Sarawak.




dijamin cepat diambil di pejabat sekolah..hehe



pssttt:  start counting days.. i''m coming home, i'm coming home..tell the worlds i'm coming home<3

wordless wednesday #3 delicia!

assalamualaikum

langit samarahan sedang menangis, dan aku sedang lapar lalu terbayang



pssst: lamenya x makan! last makan lepas Kem tahsin. kat sini xde langsung gardenia delicia ni..tulung poskan  (TT)

wordless wednesday #2 barakah

Assalamualaikum

erm..dah masuk minggu ketiga di bumi kenyalang. banyak benda perlu difikirkan dan disetelkan di sini bagi menstabilkan kehidupan, masih dalam usaha beradaptasi dengan persekitaran dan memfasihkan lidah dengan bahasa sarawak. mmg mencabar.. tambah mencabar bila kos sara diri dan harga barang yang lebih tinggi daripada semenanjung. fuh mmg terasa duit keluar macam air paip tu ha... 


memanglah orang boleh cakap "taper jangan risau, nanti dapat elaun itu ini best, mahsyuk, untunglah.." bagai..

tapi..




wordless wednesday #1 bumi kenyalang

salam

buat pertama kalinya, aq merasmikan wordless wednesday yang pertama dalam blog ini, haha

 korg tengok la sendiri


memang wordless kan? dan speechless.hee



alhamdulillah, akhirnya sudah dipanggil bekerja, teruja nak pg tempat orang tp tulah.. bak kata kawan aq, sekejap gembira skejap sedih jugak bile kenangkan semua kesayangan dan mengenangkan ni adalah satu permulaan karier bukannya trip pelancongan..(tapi boleh jadi jugak. hee.) mmg ade kecelaruan emosi sikit..hee.. orang dok bahan-bahan suh kawen awal barulah dapat tukar bagai tp ingat senang? ada je yg berpisah suami isteri, klw dapat tukar pon dr swak ke sabah dr sabah ke srawak.bgitu juga dengan faktor kesihatan ibu bapa. takde jaminan laa korg. aq sendiri dah bercakap dgn pegawai bahagian sumber manusia selepas naik sendiri ke KPM smalam, katanya ada 4 ratus  lebih  belum dipanggil kerana gagal temuduga, tambahan pulak skrg ni zaman lambakan guru dan tader kekosongan bg sesetengah option kt semenanjung ni. maka redhakanlah dan doakan yang terbaik ntok aq dan family.

bg aq.. kputusan ni buatkan aq berazam nak jadi guru cemerlang kat sana dan kalaw boleh nk smbung blaja trus bile dah stabil, who knows dapat balik awal kan? dan ni lah jalan untuk aq balas jasa mak abah dan upgrade kehidupan yang baru nak mula ni.(mana taw dapat kawen awal ke? hee.). moga Allah cekalkan hati aq mngajar di bumi kenyalang dan ketabahan kesayangan semua. Amin


psstt: sudahnye xjugak wordless entry aq ni.. hikhik.skrg tgh tggu JPN Sarawak inform sekolah kat mana dan tarikh flight yg accurate.. sapa yang asa nk jumpe..lai lai, ley aq kutip sumbangan sara hidup 3 bulan kat sana sebelum balik konvo yer? haha



pembuka tirai 2012

salam

ahlan wa sahlan! selamat datang tahun 2012, tahun yang menjanjikan pengalaman-pengalaman baru dan pastinya lebih mencabar selepas meninggalkan bangku maktab selama lima setengah tahun yang lepas. fuuh mari ramai-ramai upgrade azam dan iltizam tahun ini.


2006-2011: selamat tinggal zaman guru pelatih ,
2012: selamat datang para guru novis sekalian! 



 suke gambar ni, ada unsur bokeh disitu


sebagai pembuka tirai entri 2012 dan penghujung cinta bagi tempoh pengajian yang panjang itu, insya Allah buat pertama kalinya aku akan merasai sendiri pengalaman bergraduasi di PICC pada Mac nanti. syukur alhamdulillah, moga dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan kelapangan pada hari itu. tak sabar rasanya nak menghadiri raptai bersama kawan-kawan, melihat wajah-wajah kesayangan, dan bunga-bunga cinta dan lensa kamera berkelipan...haha. 



 jemput datang eh?


psstt: anda-anda yang berkenaan, sila save the date dan tempah bunga awal-awal.=P


POSmen dan Posting

salam

selepas setiap hari mengintai abang posmen kot anta surat panggilan, bekepit dengan tepon kot KPm kol, dah macam angau dah. alhamdulillah, akhirnye ade satu berita gembira di penghujung disember 2011.


 POSTING!!






















psst: walaupun ase masih nak cuti, tapi tetap tak sabar juga nak kerja. mohon kawan-kawan doakan yang terbaik ntok aku yer.debar gak nak tawu kat mana bakal dipostingkan..fuuh