Virus Influenza A (H1N1) dan TANGAN?

ada sesuatu yang menarik perhatian dan pemikiran aq arini ..kes Virus Influenza A (H1N1) dan TANGAN!

nape?

sbb... asal tgk tv je, iklan H1N1. tgk tv je, iklan cuci tgn. jenuh.. dasyat sgt ke dah kes H1N1 ni?
skali kbtln mak beli paper. jadi,ternmpaklah...

PETALING JAYA - Malaysia mengesahkan 2 lagi kes baru influenza A (H1N1) mjadikan jumlah kesemuanya 11 kes yang dilaporkan di negara ini sejak pertama kali dikesan bulan lalu. 2 mangsa tersebut baru pulang dari Manila,Filipina dan Melbourne,Australia. Sehingga kini , terdapat 27,824 kes yang disahkan di seluruh dunia dengan 141 kematian di 74 buah negara. Menteri Kesihatan Datuk Seri Tiong Lai berkata kerajaan belum lagi mewajibkan pemakaian topeng muka berikutan pningkatan kes ini.Namun langkah memakai topeng muka tetap digalakkan terutama pada mereka yang batuk dan selsema .
- petikan KOSMO! jumaat 12 Jun 09


ishk! da makin ramai rupernye.. ksianla plak, amenda la sbenarnye Virus Influenza A (H1N1) ni?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain.


hm..cmtu..ksian2..tmbh2 ble aq terdengar member2 aq ramai yg x jadik blek becuti mesia gara2 H1N1 ni, ksian dowg..

belek2 lg..tjumpalah...tahukah anda apebenda yang ade disebalik tangan anda?


tangan anda boleh menjadi tempat persembunyian pelbagai jenis kuman.Membasuh tangan dengan kerap terutama sebelum makan akan membantu melindungi anda daripada kuman. Ini kerana tangan adelah medium utama untuk kuman pelbagai penyakit merebak iaitu melalui sentuhan.

cuci tuh bkn men cuak2 air jer (jadilah..nk buat syarat..) atau bersabun smpai pnuh sinki (nk bsih dan wangi..) TIDAK!! watpe ssh2.. amalkan je 7 langkah mudah ni.. C U C I L A H

C - cucilah tgn dgn air dan sabun
U - ulang menggosok tapak tgnmu
C - cuci kotoran yang ada di celah jari
I - ingat gosokkan kuku di tapak tgn
L - langsungknlah tpk tgn mu
A - air scukupnya mmbersihkan kotoran
H - hamparkan tuala dan keringkan tgnmu

untuk kesihatan!! C U C I L A H - cucilah tgn!!

see? sng je... siap ley nyanyi lagi. ade taw lagu die..for those yg still engt lagu ni (ms kite skola rendah kut ) ley la nyanyi sambil cuci tgn. tp..jgn korg wat konsert lak lelame kt sinki tu,da la membazir,kang x pasal kna marah ngn mak ayah nt,bil air sape nk byr!

Jadi kat sini saya sbg salah seorang dari pihak berwajib (lantik sendiri..haha) menyeru pakailah topeng muka pada mereka yang batuk dan selsema supaya org laen x bjangkit sama dan rajin2lah jaga kehygienan tgn anda..kang x pasal org len yg dijangkiti tanpa sedar..x ksian ke? (tu blum aq bukak cte sal perokok, lg xley bla!)


engt! org yang berguna adalah org yang memberi manfaat kpd org lain bknnye org yg memudaratkan org lain dan bukan juga org yang tahu bercakap je dan mencari salah org laen
.(naudzubillah). okes nk p cuci tgn..daaa

No comments: