cerita berlampu

memandangkan cuti sekolah saya sudah hampir tamat.. maka saya dengan penuh sopan santunnye memaksa abah dan sumer orang prgi ke tempat idaman saya supaya dapat dibuat modal bercerita kepada anak-anak murid di sekolah nanti..hoho





kami amat teruja melihat pemandangan pokok berlampu pada waktu malam di i-city




kami tambah teruja bila merlihat ade hidupan-hidupan liar yang jinak-jinak di situ

abah dan mak yang comel dengan ku-da!

semangat harimau membara

mak sgt berani memegang ulat bulu


kakyong dan si tupai tanah

kangah si rerama

adik iqa dan pandanya

tiba-tiba!
hoh ada dinosour mengganas!

abes sume kena pijak..

tanpa diduga!


datanglah tiga orang sailorstar!


dengan kuasa bintang akan menghukummu!


akhirnya mereka berjaya menewaskan dinosour itu

syukurlah, i-city kembali selamat dan tenang..haha

CUT!


ok..nak balik dah, nantikan cerita berlampu (kalau ade sambungannya lagi di cuti sekolah akan datang ) jumpa lagi!

gud news

alhamdulillah..

smlm baru dpt gud news dr ketua blok C..khabarnya proses pendawaian x dimulakan lagi malah tak tawu bile mulanya.Maka kami bolehlah balik ke bilik masing-masing. wpun dlm ati ade gak terselit ase nk sekeh-lempang-bengkek gile kat orang tertentu tapi syukur Alhamdulillah..kurang satu keserabutan dalam pale otak warga blok c yang akan berpraktikum..tak perlu lg menumpang bilik orang, xperlu juga menyempit di surau yg penuh dgn kotak-kotak umpama mangsa bencana alam dan bolehlah merehatkan kepala yang jenuh memikirkan dan mencari-cari umah sewa wat sementara waktu, hanya perlu mengerah kudrat mengangkut pulang kembali khazanah-khazanah, peti-peti dan kotak-kotak yang telah diloading di tempat tumpangan sebelum cuti itu,namun nikmat dpt bilik sndiri masih gud news ..ayuh sume wat sujud syukur

dan pastinya perkara sbegini PASTI akan berulang lg.. disbbkan budaya kerja LAST MINIT! apabile sumer hal2 baru nk plan last minit,baru nk bincang last minit,baru nk gtaw last minit,sumer benda akan jadi cacamarba-short notice-pendek akal..alamatnya ramai laa akan menjadi MANGSA KEAADAAN..tp disebabkan x ramai yg berani nk speak up dan redha aje..maka ase sekeh-lempang-bengkek gile terpaksa dizahirkan secara senyap..selebihnya sabar je laa..

" sabar itu iman,
duit bukan kawan,
dunia hanya pinjaman dan
mati tidak berteman..."

mujur terbaca quote ini di status kawan di facebook td,terasa sejuk kejap tp buat masa ini, aq malas nk fikir dah dan nk fokus pd praktikum..mudahan Allah bantu hambamu ini..lancarkanlah lidahku nk mengajar bahasa syurgamu nanti~

psst: nasihat ntok diri sendiri gak -buangla perangai LAST MINIT kite klw nk jadik manusia panjang akal...

berlatih untuk mengajar


hm..sunyi dah rumah

adinda-adindaku udah kembali ke skola,anak-anak sedara pun sudah pulang ke kampung halaman..aq yg masih meneruskan sisa2 terakhir percutian yg tggl seminggu sbelum back to school. yup!mmg kali ni mmg back to school sbb aq akan menjalani praktikum / latihan mengajar di sk kajang, jln low ti kok, tgh2 bndar kajang slama 2 bln


masih serabut dgn masalah penempatan gara-gara pendawaian di blok kediaman kami,blok C je pulak tu! nmpknye bakal merempat dan menyempit di surau blok E slama dua bln bersama kotak-kotak penghuni tetap blok ini dan berguling-guling dgn bahan bahan bantu mengajar yang bertaburan..alamatnya tdo x lena, mndi x bsh,mkn pun x ckup, sdihnya..da tahap 'bersamamu' dah ni..alternatif lain ialah mencari umah sewa. disekitar sg merab-bangi.tp msh tidak ketemu gara-gara short notice oleh pihak ptdbiran..huu
* kalau ade yg bersimpati, silalah tglkan no untuk dihubungi ye?nt sy msg no akaun..hulurkan tgn,ringankan beban=P
nmpknya mmg ramai yang serabut dgn praktikum kali ini,walaupun ini adelah praktikum yg kedua..dgn cabaran penempatan,pengangkutan,pentadbiran dan penyeliaan..tambahan plak kali ini kena mengajar subjek minor plak iaitu bahasa arab..wah,ngaja bahasa ibunda pon kdg2 objektif pembelajaran x tercapai..inikan pula bahasa syurga..nk tulis RPH dlm arab pun satu hal..fuh,cabaran..tu la,engat sng ke nk jadik cikgu?sgt perlukan psediaan mental dan fizikal taw..

kdg-kdg, mmg bedesing je telinga bile ade yang kate "alaa..bkn ssh sgt nk jdik cikgu",xpun.."ssh2 sgt, klw xde keje jadi je cikgu, cuti pun byk" x pun.."belajar ijazah 5 thn stgh?apsal lame sgt?cgu skola rendah je pun" ewah2,sngnye ckp...
hello,engt sng ke nk masuk maktab pon ssh taw skg! sgt x menghargai ssh payah seorang guru betul,huh!
apa-apapun..buat teman-teman seperjuangan lain,All da BAZZ! mudahan kali ini kita dapat memperbaiki diri dan mutu p&p kite berbanding dulu..jmudahan lctrer yg observe kite,ok2 bgitu gak ngn environment skolah nt..psanan ntok diri sndrik juga: jgn terlalu mengejar praktikum terbaik..tp berkejarlah ntok menjadi seorang pendidik, bknnya salah seorang pengajar. dan dikesempatan ini..saya dengan rendah dirinya,memohon agar kawan-kawan lain mendoakan saya supaya kuat dan dimudahkan urusan olehNya ye..huu..skian timekasih~


psst: wpun masih emo+serabot pk ttg pktikum tp ase ditiup semangat slps menyarungkan jubah konvo angah (abg sedara yg mrupakan salah seorang guru cemerlang matematik) yg tlh bjaya menggengam ijazah sarjana muda OUM..wah,teruja..!



haish,sgt x sabar nk abes blaja! tp, perlu berlatih untuk mengajar terlebih dulu.bazzsya!

cikgu? kenalah byk ....

assalamualaikum

semalam, aq melalui hari yang penuh pancaroba bersama emak, adik iqa , dan makngah ditengah2 bandar kuala lumpur. perjalanan yang sepatutnya dimulakan seawal pagi ,tertunda kerana bonda-bondaku nk menyelesaikan urusan di kajang terlebih dulu, dan bile zuhur menjengah, baru laa kami tiba di tempat yang dituju iaitu masjid jamek dan,jalan TAR. Seperti biasa kalau dah sampai kat area ni..sah2 laa ramai org berpusu2 wpun bknnya ade sale sok nk raya pun..

so berbekalkan semangat juang yang tinggi, kami memulakan pencarian. gigih berjalan dari satu kedai ke satu kedai..snanye nk mencari kain ela untuk buat baju kurung kakngah, memandangkan antara kami adik beradik, dialah yang paling kurang baju kurung. Tambahan pula, dia bakal melapor diri di sebuah ipta di utara mesia maka adalah menjadi keperluan untuk dia menambah stok baju2 kuliahnye.

kami menjengah masuk ke JAKEL..erm..kain2 kat situ mmg murah tp kurang cantik coraknya..dan tekstur kain licin tp panas.. Maka kami pon pergilah ke Nagoya pulak..memandangkan kakngah x dpt menyertai misi ini, maka dia dah senaraikan awal2 pilihan warnanya, iaitu itam,hijau n merah,hamboi2..pusing punya pusing punya pusing, dari zuhur ke asar akhirnya dapatlaa 3 pasang ntok kakngah..


dalam pada tu,adik iqa pun sambar gak. cantik kainnya,licin dan sejuk. kain kelabu ni, sampai berebut dengan makngah.

mak pon x lepaskan peluang, 2 pasang gak. yang kain itam ni, mak kata nk watkan bju kmeja ntok abah.. siap plan nak pakai sedondon, time konvo aq lagi stahun..tu yang x tahan tu..=P

aku je try cool(cool laa sgt) xmow pilih kain sbb terfikir, karang tambah cost plak kan..wpun teringin laa gak kan,nk pakai baju baru untuk praktikal . tapi xpelaa.. sbb sistem kami kat umah,kami ley tukar-tukar n pinjam2 baju . memandangkan adik beradik sume perempuan dan mak ley menjahit sendri, maka kebanyakkan baju aq adelah baju sewa antara adik-beradik dan anak-beranak..hee.


kemudian da nk maghrib tu, kami pun berjalanlah pulang, tp sambil-sambil tuh..ttp dok usya tdung lycra labuh ntok makngah..tetiba pandangan ku tertancap pada satu kain yang didisplay pada patung kat depan satu kedai ni..wah! cantik x?

dan tanpa disangka, kain ela bunga tulip ni menjadi milikku.. makngah hadiahkan sempena hari guru..wah! x sabar nk tggu mak jahit.. ley la pakai baju ni masa praktikum kt sk kajang naik cuti nanti, tambah 1 lagi koleksi..
almaklumlah, cikgu kenalah banyak baju, supaya murid x jemu..tol x? hee