daripada Allah kita datang dan daripada Allah kita kembali.


assalamualaikum

td ngaja kelas tahun 5 : Allah bersifat hayat

guna life cycle pokok,nyamuk n manusia sbg set induksi,di mana tiap2 hidupan itu bermula dr telur,biji benih dan bayi,kesemuanya membesar dan dewasa namun akhirnya..
gambar contoh


MATI.. dan hanya satu sahaja yang kekal iaitu: ALLAH TAALA, kerana daripada Allah kita datang dan daripada Allah kita kembali

satu interaksi sejam yg mencabar ntok disudahkan td..sbb ia berkaitan ngn aqidah kan..bkn boleh merewang sebarang..kalau x diterangkan betul2, budak2 akan terpesong..dan budak2 ni sgt tinggi inkuiri mereka..

jadi,aq nk syer few questions yang ditanya oleh murid-murid 5C td ntok dijawab bersama.. kalau boleh secara aqli

1)kenapa umo kite meningkat?
2)kenapa ari qiamat itu ada?
3)tiada permulaan bg Allah,dan tiada akhirnya..abestu siapa yang beranakkan adam?
4)kalau kita masuk syurga kita ley minta macam-macam kan?bley x klw kita minta org yg masuk neraka masuk ke syurga?


akhirnya,iktibar yg kami dpt arini..setiap yg hidup pasti akan merasai mati dan binasa kecuali Allah Yang Maha Kekal.maka kita hendaklah mempersiapkan diri menghadapi kematian dan mepercayai qada' dan qadar Allah

pssst: takziah buat sahabatku nurul syuhada shamsuddin di atas pemergian ayahandanya..be strong kay..mg Allah mencucuri rahmatNya.daripada Allah kita datang dan daripada Allah kita kembali (T.T)

8 comments:

sweetbutterfly said...

waw...berat-berat
yela..budak-budak ni kreatip-kreatip soklannyer..bab2 lain bolehle kelentong bab aqidah huisyh bahaya..

~gudluck supaya menjadi pengajar yang terunggul dalam membentuk generasi terhebat..=)

muaz said...

aku try jawab soalan2 anak2 murid ko bazz..=)
1)kenapa umo kite meningkat?
-umur kita meningkat menandakan kita ada permulaan dan ada pengakhiran dlm hidup kita..supaya ia dpt membezakan antara makhluk & pencipta..
2)kenapa ari qiamat itu ada?
-hari kiamat itu ada,menunjukkan Allah taala itu esa.tiada lain yg kekal melainkan dia..semua makhluk akan binasa kerana makhluk bersifat dengan sifat baharu..=)

3)tiada permulaan bg Allah,dan tiada akhirnya..abestu siapa yang beranakkan adam?
Allah ciptakan Adam tanpa ibu & bapa,Allah ciptakan Hawa tanpa ibu,& Allah juga ciptakan Isa tanpa bapa..agungnya Allah..=)

4)kalau kita masuk syurga kita ley minta macam-macam kan?bley x klw kita minta org yg masuk neraka masuk ke syurga?
Dengan rahmat Allah,haruslah..=)
pelacur yg memberi air kpd seekor anjing yg kehausan pun Allah masukkannya kedalam Syurga nak..inikan pula permintaan anak2..=)

Bazz Rianne said...

nisah: mkasey ntok smgt itu..insyaallah =P

Bazz Rianne said...

alan: menarik..suke jawapan ke4..sbb x terfikir cite itu..mkasey kongsi

محمد فردوس سعد said...

salam..kdg2 takut jugak nk ngajar bnda2 brkaitan aqidah ni..ilmu kita kena lebih..

budak2..bukan boleh caye..kdg2 soalan yg kita x terpikir pun dia leh nak tny..nk jawab kena goreng tp goreng yg benar2..huhu

Rosi A.M Al-Ya'kubiyy said...

Salam bazz..sori xsempat jawab soalan ni via YM tadi..kena masuk kelas sebab jaga pekse..hehe
haaa..nak jawab kat sini la yea..meh ustajah jawab..hehe

1)kenapa umo kite meningkat?

Umo kita meningkat sebab kita lahir dengan kiraan angka kecik ke angka besar. Suatu yang pelik bila kita dilahirkan tua dan lama2 makin muda. Jadi, kalau kita dilahirkan dari tua ke muda maka nikmatlah hidup di dunia ni. Sedangkan bila makin tua makin surut dan menunduk. kalau umo semakin menurun/muda maka hidup di dunia ini merupakan satu proses di mana sakit dahulu jadi xmajulah generasi tua yg baru dilahirkan ini. Hakikatnya, ciptaan Allah itu ada baik dan buruknya yg kita panggil sebagai HIKMAH. (dah la kot. arap jelas, hehe)..

2)kenapa ari qiamat itu ada?

Sudah termaktub di dalam alquran bahawasa alam ini terbahagi kepada empat. pertama, alam rahim. kedua, alam dunia (kehidupan dunia). ketiga alam qubur dan alam barzakh. nati rujuk quran yea. Setiap alam yg kita lalui akan melepasi satu 'proses' yg mana alam rahim akan melalui "proses lahir" ke dunia. Alam kehidupan (alam dunia) akan melaui 'proses kematian'. Alam qubur akan melalui "proses kebangkitan" yg kita panggil hari kiamat. Manakala Alam barzakh kita akan melalui 'proses perhitungan' ke syurga ataupun neraka. Maka tidak hairanlah, jika kita ingin melepasi sesuatu alam itu kita akan melalui setiap proses. Kenapa adanya 'Hari kiamat' adalah kerana untuk membangkitkan ahli qubur mengikut amal-amal solehnya. Wallahua'lam bissowab.

3)tiada permulaan bg Allah,dan tiada akhirnya..abestu siapa yang beranakkan adam?

Siapakah ALLAH dan siapakah Adam. KHALIQ dan MAKHLUQ. Pencipta dan yang diciptakan. Kat sini pun kita dah jelas kan. Adam bukan diberanakkan tetapi awalan manusia diciptakan ALLAH dari segumpal tanah dan ALLAH menganugerahkan sifat manusia (makhluq) dengan sifat beranak. Inna Rabbaka fa'aallulima yurid. Sesungguhnya Allah menciptakan apa yang DIA kehendaki.

4)kalau kita masuk syurga kita ley minta macam-macam kan?bley x klw kita minta org yg masuk neraka masuk ke syurga?

Boleh. Sedangkan orang kafir yg asalnya tidak beriman dan di akhiri matinya dgn beriman, Allah masukkan dia ke dalam syurga. Allah jadikan syurga dan neraka adalah pembalasan buat yg baik dan jahat supaya kita berusaha utk mendapatkan yg terbaik di dunia. Bila di syurga pula, Allah akan memperkenankan permintaan kita untuk bersama ahli keluarga kita yg masuk neraka. Semua umat islam akan masuk syurga. Cuma ada yg lambat masuk syurga kerana menerima pembalasan dahulu di neraka. Yg membezakan nnti sesiapa yg pernah masuk neraka akan punyai tanda di dahinya. Maka ahli2 syurga akan mengetahui hamba Allah ini pernah masuk neraka sebelum masuk ke syurga.
Ini apa yg pernah sy baca. Kalau salah fakta, sila betulkan.

Wallahua'lam Bissowab..

Itu sahaja Bazz..Nati g la ke blog kak ros yea..tata
wassalam.

p/s: rasa macam dah jadi penulis blog ni plak..hehe

Bazz Rianne said...

firdaus:nk goreng bley tp kna goreng elok2 tgk buku resepi (Al-Bayyan)
slmt mengoreng juga=)

Bazz Rianne said...

kak ros: hujah yg mnarek!byk yg kite x terfikir.. mekasey kak tok pekongsian..