POSmen dan Posting

salam

selepas setiap hari mengintai abang posmen kot anta surat panggilan, bekepit dengan tepon kot KPm kol, dah macam angau dah. alhamdulillah, akhirnye ade satu berita gembira di penghujung disember 2011.


 POSTING!!






















psst: walaupun ase masih nak cuti, tapi tetap tak sabar juga nak kerja. mohon kawan-kawan doakan yang terbaik ntok aku yer.debar gak nak tawu kat mana bakal dipostingkan..fuuh

nak sambung sem 9 boleh?

salam

cuti sekolah smakin sampai ke penghujung. tahun 2011 pon hampir melabuhkan tirainya. dan paling menyayat ati ialah terpaksa menerima kenyataan,selepas 5 tahun setengah.. yang aku x kan lagi  berulang alik ke bandar baru bangi, naik turun tangga ke kelas, bertegur sapa dengan lecturer  dan berkerut-kerut dengan karenah HEP sambil main nyorok-nyorok dengan pak gad.(TT)

 Allah..baru terasa rindu.  sbelum ni masih x rindu sbb rasa masih dekat ngn maktab sebab fasi-fasi kat kem motivasi kat pangsun sepanjang dua minggu hampir kesemuanya rakan-rakan satu batch di maktab. masih terasa dekat dan sempat menjenguk bangi masa kenduri mirul syahida baru ini.

fasilitator Tahsin Al-Quran Training Centre

tp bile da tamat kem ni. aduyaii rindu sangat dengan abang kakak adik beradik 07..

ustajah pilihan & imam mude

apa khabar kalian agaknye di kampung masing-masing? salunye bile nak hujung-hujung cuti mesti pesan bawak ole-ole dari kampung dan wat makan-makan di minggu pertama.masih bertukar-tukar cerita perihal diri dan keluarga walaupun lecturer di depan! heee. dalam pada tu, masih sempat tengok citer-citer terkini yang didownload secara berjemaah dan bila last minute barulah terkocoh-kocoh siapkan  KKbi. pastu nak exam baru nak sebuk-sebuk potostet nota dan tukar-tukar soalan spot di group.


seriau ase bile fikir kat mane kita semua akan dipostingkan. apepun, ku doakan yang terbaik buat kalian semua. tahniah atas keputusan yang cemerlang. jumpe di raptai sidang 1, mac nanti.insya Allah.


PPISMP 1.07- PISMP 8.07
berdiri: Mukhlis, Hafizul, Azuan, Seli, Joe, Hafiy, Fadhli
duduk sepah2:  kak Syuk, kak Ros, Rah, Sarah, Mira, Kak Baie, Kak Linda, Leha, Kak siah, Atip. Yan, Ain, Munirah, Bazz, Najmi


pssst: sedihnye bile mengenangkan kite takkan memulakan sem baru lagi dah,,huu nk sambung sem 9, tp x nk belaja dah, boleh?



penghujung cintaku

salam

lagu ini dipost atas permintaan orang ramai.. best gak  layan sambil buat Abang Remy (AR) chapter-chapter terakhir. tak sabar nk setelkan penghujung cinta pertamaku ini sebelum bertemu dengan cinta kedua abang Prit (Peksa) dan cinta ketiga abang Kasim (KISSM) sebelum tamat pengajian di penghujung november nanti. wah! 



psstt: teruja nk ade senaskah yang dah berjilid.. sape tawu tempat jilid area bangi-serdang-cheras yang murah??

klon-klon kek cekelat




salam 

hai-hai.. tengah buat apa tu? hee harini  masih lagi cuti.. sampai la ni aku tak faham nape maktab cuti deepavali sminggu..sdgkan raya puasa aritu pon tak puas nak cuti.kompius jap haha! tp tak kesahlah kan. jadinya bangun-bangun pg td terus rasa nak makan kek, asek delayed je. namun selepas di smashed oleh emak tersayang kerana menjadi regular customer di Secret Reciepe (SR) dan deal lebih kurang ngan beliau, maka saya ingin berkongsi dengan puan-puan sekalian resepi mak saya iaitu :

"Kek Cekelat LembaP" 


  • bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 1/2 cawan Tepung Naik sendiri
  • 1 cawan Gula
  • 1 tin Susu Cair
  • 3/4 cawan Serbuk koko
  • 1 cawan minyak
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. kukus dulu loyang-loyang ke acuan beberapa minit (supaya nanti senang, tak melekat)
  2. Bancuh serbuk koko+tepung+gula.
  3. pukul telur sampai kembang+minyak+susu 
  4. Kacau kesemua bahan sehingga sebati.
  5. Kukus selama 1 jam.


Dah siap! senang je, x sampai sejam pon senanye, asalkan x lekat-lekat tu dah kira jadik la tu..daaan rasanya lau korg nk lagi moist ley tambah susu pekat.  tetapi nampaknye kek cekelat lembap yang dirancang td telah diklonkan menjadik :


"CUPCAKE CEKELAT LEMBAP"

konon-konon cupcake cekelat kt kenny rogers tu..ni klon die

then ada balance lagi jadi aku kukus je pakai loyang, tetiba dapat idea plak


jeng jeng jeng



 "CHOC INDULGENCE"




haha,indah khabar dari rupe
eskrem dah cair..anggaplah konon-konon choc indulgence kt SR yang telah diklonkan.





hukhuk.. maaflah mungkin rupa tak seberapa, entry ni pon bukan bertujuan nak gebang reti buat kek ke hape..tapi moral of story disini ialah: nak buat sesuatu senanya x susah, tinggal nak wat ngan tak je. berpuas hati lalu behenti disini atau terus mencuba. pilihan di tangan anda. nak makan klon-klon hasil air tangan anda atau air tangan orang lain. nak bagi kite kenyang atau tuan punye kedai-kedai tu kenyang.ha3!


pssst: "There isn't complicated thing in this world, only complicated-minded people make simple things complicated."





terus mendaki!

salam

"If you're trying to achieve, there will be roadblocks. But obstacles don't have to stop you.
 If you run into a wall, don't turn around and give up. 
Figure out how to climb it, go through it, or work around it."

michael jordan


perlu mendaki kerana masih di kaki bukit----->orang lain da konvo baru nk viva=P


psst: to roy mustang, keep on climbing. selamat betapa ke atas gunung dan get tough! May Allah bless=)



dag dig dug!

salam,

sejak-sejak jadual penilai keluar, takde ayat yang boleh menjelaskan macam mana rase dalam <3 ni kecuali:


dag dig dug!



bakal dinilai oleh penilai yg hebat-hebat belaka! cuak!



 kesan dari kegopohan
1) 95% kebijaksanaan hilang
2) 3 % menyumbang kepada kesalahan
3) 2 % kekalahan sebelum berjuang.
always be cool


pstt: tp skg sy perlukan sokongan dan doa bazzfren sume ntok coolkan dag dig dug sy ni. tlg doakan sy lancar berkata-kata,  faham soalan dan menjawab dengan yakin! 


MISsTAKE

salam
konon-konon nak wat #wordless wednesday tapi suka plak kata-kata ni. enjoice.






Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu, 
kerana dia telah membuat hatimu kuat.



Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu
kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.



Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu.





psstt: TERIMA KASIH ntok yang penah menyayangiku dalam tempoh 22 tahun ni. please forgive my mistakes.  doakan yang baik-baik ntok aq bagi menempuh tahun yang akan datang. esok.=P




Kakyong & KL sisters



salam..

alhamdulillah, my life is getting better slpas tragedi2 yang berlaku di awal2 bln september ritu. syukur sgt.. sememangnya Allah adalah sebaik-baik Perancang. skg aq dah kembali tenang dan dah boleh tersenyum kembali..thanks to beloved families, n bazzfrens for your concern n support.

disebabkan dah kembali bertenaga, dan ayahanda baru isytiharkan aku menjadi kakyong maka KAKYONG kawasan KL is back!


tp bknlah bsama gangster pon..ganas nau bunyiknye..kakyong nk turun jenjalan kt Kuala Lumpur wif KL sisters! hehe


1.pavillion - TIKA punyer




lama gak lepak kat dalam ni.. jenjalan, lunch jup..

dan memperkenalkan hot n rolls, BBq chicken..


"alaaaa apam balik je pun"bak kata tika =p



2. farenheit- DIBA punyer



hoo. diba sungguh smangat mengkaji fahrenheit ni. suhu la bagai..=P


tp kami lebih teruja dengan SEPHORA!



3. lot 10 - BAZZ yang punyer



sempat online dalam ni, almaklumlah ade teknologi 4 g

pastu siap ada sofatil  sofa+katil) yg bley landing-landing



5. sungei wang- lowyatt- times square - tak larat nak bgambo dah. tiga-tiga ni kami punye!

last but not least


sampai pyramids of giza, u ollss..haha




 elok plak dah ade frame lak kan?hee

 hee, sorry la korang..kecoh je..macam la orang lain x penah pegi kan tempat-tempat ni pon kan? Sebenanye saje nak try test besarkan gambar.konon nk besarkan smpai x-large tp x muat blog plak.. selama ni gune old editor, aku baru nk try baru..da lama berblog baru tawu macam mana.. haha. nway for my sistas.. maceh byk, sgt having fun ngn korg.. dpat gak la rlease tension kan? nt kite try tmpt lain plak ea?kot la pasni da ada dslr plak kan=P


psst: I am kakyong, tp bkn kakyong yg dlm video tu, itu ganas tol tu.. biasanya org perak pggl anak sulung lelaki YOEP yg pompuan lak YONG kan? jadinya disebabkan campur KL sikit jadik la KAKYONG..=P

peringatan bagi dosa semalam



salam

bilamana musibah itu dianggap sebagai UJIAN, kita akan cenderung untuk tanya:
"Ya Allah, kenapa aq diuji sebegini? apakah dosaku?"

bilamana musibah itu dianggap sebagai UJIAN , kita akan cenderung untuk kata:
"Ya Allah, kalaulah aq x buat itu dan ini, tentu ujian ini takkan berlaku"

bilamana musibah itu dianggap sebagai UJIAN , kita akan cenderung untuk meraung dan berteriak: " Ya Allah, mengapa begitu mengapa begini? Ya Allah, kalaulah itu kalaulah ini!"


astaghfirullah.

rukun iman keenam: percaya pada qada' dan qadar.


apa yang sepatutnya ialah, bilamana musibah ini yang telah berlaku ini. usah sesekali dianggap sebagai ujian, maka sesungguhnya kita akan dapat PERINGATAN bagi dosa semalam.


astaghfirullah.


bilamana musibah ini dianggap PERINGATAN
kita akan cuba mengingati dosa-dosa semalam yang telah kita lakukan, muhasabah diri atas kelemahan diri bukan menunding jari ke arah orang lain. mungkin ia yang berpunca daripada hati kita. tak bukan kita tapi aku.

astaghfirullah.

bilamana musibah ini dianggap PERINGATAN
kita akan yakin bahawa kita boleh hadapi musibah ini, kerana Allah tidak akan membebani sesuatu yang melebihi kemampuan kita. asalkan kite redha dengan ketentuan, cekal dan bijak mengawal tindakan juga tawakal.

astaghfirullah.

bilamana musibah ini dianggap PERINGATAN
kita akan sedar bahawa dengan mengingati Allah ketika kita senang, maka Allah akan mengingati kita ketika susah.namun kebiasaannya kita insan yang pelupa, dan pentingkan diri..hanya mengingati Allah waktu kita susah. sewaktu dosa semalam telah diberi balasan kepada kita. tak bukan kita tapi aku.


astaghfirullah..

p/s: only Allah knows how? who? what? when? where? why? so trust Him. (TT).


ingat senang?



salam


ingat senang?

ingat macam makan tutti frutti?

ley pilih-pilih ikut citarasa masing-masing, yang berkenan ley amik, yang tak gemar-tutup sebelah mata,xyah nak tanya-tanya sesape dah. cukup duit bayar..

ingat sesenang itu?


hadoii, entry ni entry emo ke?! tak, tak, ni entry kesedaran akibat da kena brainwash mlm tadi siap sambung sampai sahur (TT)



“Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..."

Itu yang tersurat. Apa pula maksud tersiratnya? cer baca ni...

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah badan aku..”?


ingat senang?baik lelaki ataupun wanita,sebab lelaki akan jadi zaujnya, dan wanita akan jadi zaujahnya. hidup ni sekali sahaja buat kita semua. sekali je kita ada mak abah ntok dibahagiakan sebelum kita membina keluarga,, sekali saje kita ada peluang nak belajar itu ini dan selebihnya adalah percaturan hidup memasing. dan pastinya tidak sesenang macam yang dicakap. sama-samalah kita perbaiki diri.. :)

psstt: Selamat Pengantin Baru buat rakan serumahku, Tini, buat rakan sekuliah PA, fizul dan ikhwan yang kesemuanya bakal berubah status lebaran nanti. barakallahulakum

minggu bertemu kawan-kawan




salam 10 malam terakhir


nasihat untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang membaca blog ni sempena ramadhan kareem yang hampir ke penghujungnya.

1. jaga diri sendiri -behave



cuba jaga mata, jaga mulut, dan jaga telinga
(Anakanda, bonda, ayahanda, ramadhan 20)



2. jaga yang wajib, tambahkan yang sunat



segera berbuka, solat maghrib jangan terlajak, ye ye bersahur, solat subuh jangan gajah pulak..wat solat terawih dan rajin-rajin bangun malam
(Kiki, ramadhan 20-21)



3. hargai masa dan hargai friendship


sbb ia anugerah yang sangat berharga (anas, irma, mad, sya, ramadhan 21)

4. syukuri nikmat kesihatan

ustaz hasmuri samten ( syafizi, eja, lydia, migha, syakir ramadhan 22)

alhamdulillah dalam kesibukan mempulun action research sampai stress dan lost, aq ase bersyukur dapat release ngn kawan-kawan dalam tempoh cuti dua hari ni. bersyukur sangat sebab dikurniakanNya bazzfren yang sangat sweet, caring dan memahami.. malah ramadhan kali ini penuh dengan iktibar dan peringatan. mekasey banyak buat sume sbb sudi spent time ngn aq..

psst:When it hurts to look back and your scared to look ahead you can look beside you and your best friend will be there. buat yang lain-lain, miss you too..tolong doakan aq kuat. huu


pokok persahabatan



salam

sbg ketua rumah panjang eh ketua rumah kuartes D101, inilah salah satu cabang tugas aq: menanam pokok di depan pintu rumah! ha3


pokok persahabatan (friendship tree)


pssst: kemain malas aq nk bertindak ke atas kajian..tapi lau bertindak ntok mende-mende camni sanggup je..adoii bazz priority comes first bazz oii..booster datanglah!!

pemanis mata

salam

tengah dok ralit wat analisis data ni tetiba kecur liur plak bile tertengok gambar pemanis mata ni kt desktop.

haishh...

mempersembahkan :


PUDING KARAMEL



nmpk sedap tak? bayangkan rasanya yang sejuk-sejuk baru keluar dari freezer dan teksturnya yang lembut-lembut manis ni.. nomnomnom. wahh..senang je nak buat rupanya, aq baru je menuntut daripada mak aritu ..tp nantilah aq tulis..masih banyak lagi laporan dan analisis data yang belum ditaip ni haa.

psst: ni sebagai pemanis mata je..pemanis mulut tunggu azan maghrib nanti ea? hee

nando's nando's saya tak sabar


salam ramadhan kareem

jam menunujukkan tepat jam 6. adakah perut anda sudah berkeroncong di petang ramadhan yang ke 13 ni? terlalu banyak list dalam menu berbuka dalam fikiran? banyak sgt makanan kt bazar ramadhan yang angkat tangan macam nak suruh amik die bawak balik ke rumah?




tolonglah bawa saya balik! (take me home!)



sabar. sabar. puasa kan menuntut kita menahan lapar dan dahaga serta nafsu segala.


sila tampar-tampar perut anda bila tengok set berbuka nando's ini..hihi



tanx a lot pada anakanda diba dan ayahandanya kerana sudi berbuka puasa bersama semalam. rase macam skuad ronda-ronda kuala lumpur pun ade. eh ke Kl gangster lg sesuai??kehkeh. dan mungkin esok adekah rezeki lagi kita nak berbuka lg? chillis mungkin? tapi bersedialah pada sesiapa yang tak makan pedas tu yer? hehe.


jadi lagu ni saya tujukan buat kalian sekeluarga dengan ucapan selamat berbuka bagi yang puasa. kalaw x puasa pun buat-buat la puasa=P



psst: sile tukar lirik nano jadi nando's dengan bayangkan ayam bergolek-golek. takper ni bukannya rancangan jangan lupa lirik pon.haha


kira-kira




salam
aq nak bercakap tentang kira-kira. taak.. bukan matematik tapi kira-kira: iaitu satu pekataan yang punya empat huruf tapi byk maknanya

kira-kira kalau dikira betul-betul, memang boleh jadik berkira

tapi
takyah la nak berkira sangat tambah-tambah kalau hal kembangkan ilmu, kembangkan ukhwah, dan kembangkan diri dengan makan, anggaplah apa yang kite sedang bersedekah.
sentap bunyiknya bukan?

ni sume kerana kamu black pearl. kamu adalah tanggungjawab dan harapan yang perlu aq ambil kira sampai aq jadi berkira.

kerana dirimu begitu berharga.(T.T)

psst: malangnya aq bukan sempurna, apatah lg ustzah pilihan kerana aku akan berkira, bilamana ade yang mula berkira. dan buat wiraku, kukira kamu masih tetap utuh dihati. tlg jgn berkira denganku.



sumenye dah berakhir!




salam


haii sumer! lame gakk aku tak hapdet, ralit dok blogwalking sana-sini. byk blog-blog best n isu semasa yg dapat membuka mata disekeliling kita zaman laa ni..tp aq malas nk bcakap ttg tu dan xde hati nk ulas sume yang kotor, merah kuning biru putih sume-sume tuh..

sebab


semuanya dah berakhir!



saje nak wat set induksi sikit..ngaa..


well, dalam pada kesibukan berinternship di SKSS dan dihujani projek-projek mega yg bakal kami buat di sekolah ini, aku berpeluang ntok menonton satu-satunye movie yg bersekuel panjang berjela iaitu HARRY POTTER. pehh mmg best giler !

kegilaan pada cite ni stat ngan kawan-kawan kt skolah samten dulu la..masa tu form 1..setiap kami ade wat emel buh name potter, granger n weasley, dan siap kumpul novel die lagi..siap ade buku synopsis ngn album plak tu..dr zaman cd ke softcopy.. huish mmg kipas susah mati.

meh tgk apa yang best sgt cte HARRY POTTER specially yg last <----bagi aku la..hehe



1. best sbb kbanyakan plakon-pelakon die x tukar.. terutama yang trio yang utama ni: hermionee, ron dan harry.. sronok tgk transformasi muke sorg-sorg




2. oFF cos la sbb frenship last forever





mane nak carik kawan yg hafal ko ckp ape masa ngigau dalam tido? nmpk sgt die x tdo disebabkan ko=P


sampai dah kucar-kacir pon masih pertahankan kawan baik..no matter what..sgt tacing


3. belakang seorg lelaki msti ade seorang wanita kan?

masa berhingus

masa berjiwa muda

masa dah tua


4. part ni paling best..masa dulu-dulu kite g sekolah same-same kan? mak bapak antakan..

macam kelaka plak bile sok lusa dah beranak-pinak, sekali anak-anak kite sebaya dengan anak-anak kawan kite.

sweet kan?

lg klaka bile sorg-sorg sbijik macam mak bapak diorg masa muda-muda




5. moral of the story:
jgn jadi macam YOU-KNOW-WHO..keje marah, mengamuk..dengki.pastu avada kedavra kt org..rugi!

kerana marah itu perosak jiwa..=P





words weight more than actions



salam..

apa khabar semua? seronok kan cuti sekolah ni.ramaaai sgt org kawen. eksaited kan tgk org kawen? well, bg yg mmg suke g kendurik kawen n rewang masa kenduri pon harusla lebih eksaited.mengalahkan pengantin ke? hee..jangan. seronok tol bile online je dpt tgk gamba akak-akakku dan abg-abgku yg dah membina masjid. apepun.. moga-moga kebahagiaan abadi kan jadi milik mereka.

jadinya aq pon tergerak nk berkongsi tips2 yang org lain tulis ni untuk tatapan semua..hee


actions speak louder than words but

WORDS WEIGHT MORE THAN ACTIONS

This is not a big deal..bagi orang lelaki la..tapi tidak semua lelaki..sesetengahnya..cuma boleh kan kita orang perempuan minta orang lelaki rendahkan sikiit jer ego untuk kenal apa reaksi tersirat seseorang wanita melalui perkataan yang mewakili perasaan yang sebenarnya..tapi kami orang perempuan ni takkan show....See??inilah baru kita panggil perbezaan gender..dah ejaan pon lain..perangai lagi la lain kan..tapi lelaki dan perempuan saling memerlukan..macam adam dan hawa..kenalah saling bertolak ansur dan bersabar dalam hubungan..masing2 ade kekurangan..perbalahan, pergaduhan, pertengkaran sebenarnya mengajar kita untuk jadi matang dan mahir dalam hubungan..kekurangan dan kelebihan buat kita tau apa itu makna bersyukur dan menghargai pasangan..ye dak?ok.lets check?

1- FINE

Perkataan ni nak cakap sebenarnya perempuan tu nak habiskan or malas nak panjangkan lagi sesuatu pergaduhan or perbalahan tu..mengalah tapi sebenarnya dalam hati berdarah..kalo bahasa kite2 akan cakap gaya camni OKEH! (nada menekan ayat)


2- NOTHING

Ini permulaan sebelum nak berentam..dia akan cakap "takdepape"..padahal sebenarnya takdepape tu yang adepape..time ni, bersiap sedia lah untuk berbalah tapi selalunya perbalahan yang bermula dengan takdepape . jadi si lelaki tu elok tanya lagi skali betul ke takdepape?



3- GO AHEAD

Kalo yang ni tolongla faham..orang perempuan akan cakap gitu sebab nak lepaskan geram tapi dalam hati dia cakap sebenarnya tolongla jangan pergi atau nak cover perasaannya.macam ugut je lebih kurang.. tapi janganla buat.nk kan perhatian lebih sebenarnye.tuacah2 je suruh pegi..




4-LAUGH SIGH

Perkataan ni selalu orang lelaki salah anggap..to some situations, kalo dia gelak kuat tu maknanya dia bukan suka tapi sebenarnya maksud diorang ialah kenapakah aku cakap dengan orang yang sengal alang ni dan perempuan tu gelak macam tu sebab macam gelakkan dirinya sendiri kerana terpaksa menghabiskan masa berbalah pada benda yang takde ape2..pahamkan?macam gelak sinis la..tapi sebenarnya perempuan tu tengah irritating dengan situasi tersebut.


5-THAT'S OKAY

Kalo perempuan sebut perkataan ni, ia memang sangat bahaya..dia sebenarnya nak berfikir panjang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan macamana. dan korang (orang lelaki) perlu pk cane nk tebus kesalahan yang korang buat tuh..


6-THANKS

Ini bermaksud kalau perempuan tu berterima kasih kat korang, jangan tanya banyak atau memikirkan kenapa la perempuan ni berterima kasih kat aku, ikhlas ke tidak..apa yang patut korang buat just cakap sama-sama..sbb biasanya mmg ikhlas dari hati


Sebab ini memang betul, lainlah kalau dia cakap "terima kasih banyak! "ini memang sindiran yang sangat2 terang maksudnya..dia tak berterima kasih langsung pon sebenarnya..n jangan pulak korang berkata oh, you're welcome..mmg hangin



7-WHATEVER

Ini statement malas nak layan..tak kuaser nak layan..atau labih kasar 'ah gi mati lah kau!'




8- DONT WORRY ABOUT IT, I WILL DO IT

Yang ni memang selalu kan..ni kalo perempuan dah sebut ayat ni, maksud dia bengang sangat lah tu dengan korang..dah cakap banyak kali dah, tapi korang tak buat macam dia nak, takpe dia akan buat sendiri..lagi senang..tak menyusahkan korang lagi..tak paham2 orang dah sebut berulang kali
-.-'

9. XPELAH..

Yang ni memang ayat nak cover perasaannya.. si lelaki sepatutnya kena alert dgn penggunaan ayat ni..sbb sama ada si prmpuan tu akan meletup atau die akan menangis. dan kalau dah keluar ayat ni jgn la biarkan je tapi besedialah ntok memujuk


Tapi perasaan ayat-ayat kat atas ni semua situasi macam tengah marah kan?so sebenarnya nak tau tak yang rahsia kalau orang perempuan ni kalau marah dia cepat je sejuk..kata orang merajuk kejap je..yang penting pujuk kena baik punya..baru cair..So kita saling belajar dan terus belajar keh sebab setiap hari semakin kita mengetahui banyak benda, semakin banyak yang kita tak tau rupanya dalam kehidupan ni..ok?

psst:hmm cuti kali ni nmpknye kawan-kawan semaktab yang lebih memonopoli dan senior-senior kt sekolah lame. hee selamat pengantin baru buat semua yang da kahwen. yang bakal kawen pon semoga selamat gaks..daaann jgn tny aq bile ='P