dekat di hati,lekat di ingatan

salam

alhamdulillah, cuti sudah bermula..tapi terasa sunyi plak bile adinda-adindaku tiada di rumah bile aq balik bercuti..terasa macam anak tunggal plak. tambahan kat sini hujan plak pg ni..sayu je rase.dan lebih haru bilamana tika melayari mukabuku td terklik plak pada link ni..oh lagilah pilu..

ape yang sayu haru pilu sgt tu bazz?

huu.. gara-gara terklik link tu maka muncullah kembali kenangan bersama Pekomperi di ingatan. banyak sangat kenangan suka duka bersama Pekomperi ni. kami sume bermula dari bawah. tak pernah terfikir aq akan berkecimpung dalam bidang muzik sedangkan dari sekolah lg time muzik laa paling aq malas, cikgu suruh masuk pertandingan nasyid secara berkumpulan pon aq taknak nikan main alat muzik yang namanya rekoder tuh, lagi laa. tp bertitik tolak daripada tamat nya kursus kejurulatihan kompang pada September 2007 di bilik taranum IPIS kami telah dilatih oleh Tn Hj Isa bin Ramlan dan Ustaz Poie. dari situlah kami mengenal kompang dan bermain kompang di majlis-majlis maktab,konvokesyen dan kenduri kawen dengan membawa nama persatuan kompang kontemporari aka Pekomperi, bukan sekadar kompang..

kalau tuan bijak bestari,cuba cari dimanakah saya? hehe

tak lama kemudian Pekomperi mewujudkan kumpulan gamelan dan angklung untuk membuat persediaan untuk menjayakan Konsert Muzikal Perkomperi 2008. asalnya aq hanya reserve ntok team gamelan tapi alhamdulillah diserap untuk bermain bonang. memang diakui kelemahan aq ialah lambat pick up. jenuh berlatih dgn Waa nak ingat not dan mengawal tempo. alamatnye memang salu kena fire dengan Cikgu Isa tp belasah aje.perkataan TIGA mmg jadi azimat waktu nak perform tu.haha.asenye dah penah cte kot dulu kat sini. seterusnya aq menimba ilmu bermain angklung pula. best sgt kadang-kadang ley naik syeikh goncang angklung ramai-ramai. sampai hafal not tuh, nipun aq da penah cte jugak kat sini. hm,memang tak pernah terfikir aq akan menjadi ahlil muzik,harap-haraplah bakal mak mentua x reject macam kassim selamat tu haa.hee

malah selama ini, aq hanya belajar bermain alat muzik dan tanpa disangka-sangka kena mengajar pulak masa first praktikum. aq telah dipertanggungjawabkan oleh Guru Panitia Pendidikan Islam SK Putrajaya 8(1) untuk melatih kumpulan kompang sekolah untuk ke pertandingan kompang selawat peringkat putrajaya.aish! bayangkan macammane nak handle 15 orang kanak-kanak lelaki yang bermacam ragam dan mmg cabaran la bila kau yang nak ajar main kompang,ko gak nak ajar nasyidnye dan ko nak kena ajar formasinya. faham-fahamlah kalau dah namanya kanak-kanak lelaki tu keaktifannya pon lain macam lah jugak kan?

belajarnya sekejap je, letihnye bukan main dak-dak ni

mekasey banyak buat Poie dan Mira yang banyak membantu aq mencarik tempo,menyusun lirik lagu untuk melatih budak-budak ni. korang memang supportive. alhamdulillah,dalam tempoh x sampai sebulan budak-budak ni sgt cepat belajar dan dan syukur mereka boleh buat masa pertandingan tu..tp aq yang cuak lebih. dan lebih manis lagi bile dorg menang tempat ketiga dalam pertandingan tu kalah kepada kumpulan Ustaz Poie SK 16(2) dan kumpulan cikgu muzik SK 9(1).*tepuk-tepuk*

29/4/2010 - pertandingan kompang selawat sekolah-sekolah putrajaya

memang berterimakasih sgt-sgt kepada Pekomperi atas ilmu dan pengalaman ini. mmg sgt istimewa dan takkan dapat diganti dengan yang lain. mana nak jumpe ngan kawan-kawan yang sempoi-sempoi macam dalam team ni..apepun teruskan usaha sumer, walaupun kekangan masa dan kesediaan bersamamu,namun sesungguhnya, Pekomperi sgt dekat dihati dan lekat diingatan ni (T.T) mudahan kamu terus sukses menjadi Big Band Pekomperi Tradisional Orkestra.

pssst: tgh tacing-tacing sekali terjumpe plak video ni..zaman ujung-ujung 2007 nak masuk 2008 kot.nilah lagu feveret aq sepanjang dalam Pekomperi
. cube teka ni lagu ape?


video
asenye
pacik yg main kompang sblah bonang tu pon suke gak lagu ni.die nmpk enjoy je kn?haha

doa buat yang terlatih dan pelatih

salam sayyidul ayyam

nampaknya harini dah masuk hari Jumaat yang merupakan hari penghulu segala hari. Banyak perkara menarik berlaku pada harini. Yang paling meletup sekali tentunya perkhabaran negeri posting batch pertama Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) ambilan Jan 2007. untuk sesiapa yang masih tertanya-tanya abang, akak ,tunang dia dapat posting kat mana, bolehlah klik di link ini ntok check sendiri.

Tahniahlah buat senior-senior yang bakal posting 7 februari nanti, macam-macam reaksi dan komen tentang perasaan masing-masing di mukabuku sejak-sejak mereka tamat latihan di institut perguruan masing-masing. tentu-tentunya cabaran lebih hebat buat mereka
sebagai guru siswazah terlatih terutama yang tercampak jauh di tempat orang. huu... Jadi, marilah kita menadah tangan bersama mendoakan agar mereka dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki oleh-Nya.

dan doakan juga ntok batch kami yang bakal menjalani latihan mengajar di sekolah bermula 31 Januari ni hingga 29 April nanti, mudahan kita dikuatkan hati, dicekalkan jiwa, dikukuhkan semangat bagi menghadapi cabaran sebagai guru pelatih selama 3 bulan nanti. Semoga semua bakal menjadi guru cemerlang dan terbilang nanti.

dan nak share juga doa posting yang dikongsikan oleh cik cud buat amalan kita sume yang dah nak final year ni:

بسم الله الرحمن الرحيم


"Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik Yang memberi tempat." (QS.23:29)

Amin


pssssst: eh-eh, tgh dok tadah-tadah tangan sekali terperasan plak kuku jari panjang-panjang pulak kan? Jadi marilah kita rebut pahala sunat hari Jumaat iaitu potong kuku ikut sunnah nabi seperti yang ditunjukkan di bawah.


credit ntok mon for this pic. ingatan yang sangat baik ntok yang terlupa=)

persidangan guru mesia

salam

Kuala Lumpur,20 Januari; satu persidangan guru mesia telah diadakan di Midvalley Centre Court semalam . Persidangan yang dihadiri oleh beberapa orang bakal guru mesia dan guru yang baru pulang ke mesia ini diadakan bagi membincangkan isu dan masalah-masalah pendidikan di Mesia dan pedagogi pengajaran merangkumi Profesionalisme Keguruan, Standard Guru Mesia(SGM), KSSR dan kisah benar guru mengamuk di pulau banggi, Sabah. Turut sama dibincangkan dalam persidangan tersebut ialah Agenda Zionis dan KJ HEP (ketua jabatan hal ehwal pelajar ) . erk apakah?

cecewah. persidangan konon. perasan sekejap. snanye smlm aq bekesempatan memadatkan tren komuter yg sedia padat.almaklumlah cuti, ramai orang nak ke batu caves. tp kami pula menuju ke midvalley. hajat nak meraikan hari ulangtahun cik insan biasa yg ke 22 disamping mengikramkan incik mustang yg baru balik wat TESL kt UK ntok mencuba makanan di mesia dan membandingkan kualiti kek di oversea dgnn kek secret reciepe di mesia. tp betuahnya dibelanja oleh guru yg baru balek mesia tuh plak.haha terbalik.

sgt murah hatikan? to prove how generous he is..dia siap bg aq lima ringgit.engat sng org nk bg 5 ringgit di hari biasa selain hari raya? eh,wpon smlm hari thaipusam ,tp kitowg xde kena mengena ok? tp malangnya duit itu x bley digunakan di mesia sebab dia bagi ONE POUND! menurut beliau, satu pound kat sana bersamaan dgn RM5 .pastu keta mercedes paling murah cuma berharga 3000 pound je kat sana bersamaan ngn sebijik kancil 850 M keluaran 00-05 yang berharga RM15000 kt sini!haa..impress x? jadi ntok anda semua yang x pernah tgk duit pound mcm ni lah rupanya..

macam duit syiling singgit je kan? hehe

apepon,mekasey banyak buat incik mustang dan cik insan biasa yang telah bersidang bersama saya. sgt happy sampaikan masa jumpa hantu kak limah di malam jumaat pon kitowg bantai gelak je. eh,bior benor? cer cite,cer cite. haha

muka excited nk lek bangi cari antu kak limah.

psst incik mustang:macam taw-taw je yong suke kumpol duit syiling. taper-taper, nk tgk duit ni hari-hari, kot-kot duit ini tuka jadik wang emas ke kan..haha kaye ler keme, yoep oii!


tahun baru tahun akhir

salam

agak-agak dah terlambat ke ea nak wish "Selamat Tahun Baru semua!". hee,sangat rasa ketinggalan. ketiadaan rakan-rakan blogger tegar sedikit sbyk mematahkan semangat aq untuk berblogging. cecewah..tapi rindu jugak la nak menaip dan membebel-bebel secara santai di sini selepas berhempas pulas menaip tugasan ilmiah untuk sem 7 di tahun akhir ini iaitu esei kaunseling dan proposal kajian tindakan.

ya! tahun ini pastinya tahun yang sibuk dan tegang untuk pelajar-pelajar tahun akhir. supersenior ni.. cam x caye je. rasa cam semalam baru pg intibiu maktab dan diorientasikan, alih-alih da masuk tahun akhir dah. banyak betul perkara yang telah aq pelajari sepanjang berada kat sini. subjek major pon dah masuk yang kesepuluh dah. itu lom masuk 'kemahiran berfikir' dan 'kopetensi kecerdasan emosi' serta 'bimbingan kaunseling' yang perlu diterapkan secara amali dalam menjalani kehidupan sepanjang 4 tahun setengah disini dan semasa melaksanakan P&P masa praktikum.wah,mmg long-term learning betul!


kebimbangan yang terbesar untuk tahun akhir ini ialah praktikum 3 bulan dan penyelidikan kajian tindakan dan juga masalah penempatan. Alhamdulillah, setakat ni keadaan masih terkawal. tmpat praktikum dah tahu, supervisor ntok kajian tindakan pon dah ada.. tinggal nak pulun sehabis baik. jadi, untuk perancangan masa hadapan dalam batasan waktu setahun ini, senang citer:

azam bazz rianne untuk 2011:
perlu lebih particular (teliti dan cermat), punctual (jangan bertangguh), productive (giat dan semangat) serta positif (emosi dan mental).


insyaallah. jadi selamat tahun baru tahun akhir ya semua!


psst: hmm, kebetulan plak sume start ngan hurup P kan? mmg positif! tp,sejauh mana kepraktikalannya, mari kita lihat di akhir tahun 2011 ini. doakan aq ye?



oh, sangat rindukan empat "P" ni : pengakap, putrajaya 8(1) , pekomperi dan pegang pen marker