doa buat yang terlatih dan pelatih

salam sayyidul ayyam

nampaknya harini dah masuk hari Jumaat yang merupakan hari penghulu segala hari. Banyak perkara menarik berlaku pada harini. Yang paling meletup sekali tentunya perkhabaran negeri posting batch pertama Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) ambilan Jan 2007. untuk sesiapa yang masih tertanya-tanya abang, akak ,tunang dia dapat posting kat mana, bolehlah klik di link ini ntok check sendiri.

Tahniahlah buat senior-senior yang bakal posting 7 februari nanti, macam-macam reaksi dan komen tentang perasaan masing-masing di mukabuku sejak-sejak mereka tamat latihan di institut perguruan masing-masing. tentu-tentunya cabaran lebih hebat buat mereka
sebagai guru siswazah terlatih terutama yang tercampak jauh di tempat orang. huu... Jadi, marilah kita menadah tangan bersama mendoakan agar mereka dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki oleh-Nya.

dan doakan juga ntok batch kami yang bakal menjalani latihan mengajar di sekolah bermula 31 Januari ni hingga 29 April nanti, mudahan kita dikuatkan hati, dicekalkan jiwa, dikukuhkan semangat bagi menghadapi cabaran sebagai guru pelatih selama 3 bulan nanti. Semoga semua bakal menjadi guru cemerlang dan terbilang nanti.

dan nak share juga doa posting yang dikongsikan oleh cik cud buat amalan kita sume yang dah nak final year ni:

بسم الله الرحمن الرحيم


"Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik Yang memberi tempat." (QS.23:29)

Amin


pssssst: eh-eh, tgh dok tadah-tadah tangan sekali terperasan plak kuku jari panjang-panjang pulak kan? Jadi marilah kita rebut pahala sunat hari Jumaat iaitu potong kuku ikut sunnah nabi seperti yang ditunjukkan di bawah.


credit ntok mon for this pic. ingatan yang sangat baik ntok yang terlupa=)

2 comments:

norassiqinbadri said...

oyeah??
hurm..
nak komen pe menda ek??huhu
rerajinla update blog lagi..
pasni buat la cta katun barbie nye tangan lak..huhu

BazzRianne said...

aish..bg la komen membina skit lg.katun barbie suh adekqa wat..haha