cinta antara benua

salam

baik, arini bazz rianne akan membincangkan topik tentang cinta iaitu cinta antara benua. cinta ini juga dikenali sbg cinta jarak jauh yang bermaksud pasangan yang bercinta secara jarak jauh maka jarang berjumpa dan ssh nk jumpa.sama macam Pengajian Jarak Jauh, medium perhubungan adelah melalui surat,emel, tepon, n messenger. perkara paling asas ntok mngekalkan cinta antara benua ialah kepercayaan dan kesetiaan. ececeh mcm la pandai sgt bab-bab ni.haha

actually, baru je lepas layan lagu cinta antara benua.citer ni kalau x salah masa kite sekolah rendah kot, tayang time petang-petang. siyes, aq tak brape nak engt cite ni caner, sebab masa tu aq anggap cite ni adelah cite emak-emak je,anak-anak g main jejauh. tetambah citer mohd noor kadir lagi la tak faham sgt sbb byk nau konfliknyer kan?kalau tengok pon,aq ase sbb kami nyibuk nak tumpang makan goreng pisang cicah teh o time minum petang.haha. tp apepun, lagu ni mmg sedap. x cayer? gi laa google lirik die tengok.


giler lame cite ni kan? video tahap pakai basic movie maker je ni

camner ea orang bercinta jarak jauh ni? cane dorg jaga bagi bertahan lame ea? susah kot yelah,sorang kat benua sini, sorang kat benua sana. sah-sah susah nak berjumpa dan payah la lau masing-masing curiga mencurigai kan? tp bile tgk ade kawan-kawan yang masih berjaya mempertahankan hingga nak ke jenjang pelamin maka,personally aq rase cinta antara benua mmg sweet.tol x?

psstt: "org dulu-dulu kata; x dapat jumpe orangnya, tgk bumbung rumah pon jadi lah..org skrg ni kata; x dpt tgk orangnyer tgk tayar pon jadilah..cinta antara benua la katakan..hee"


mode: dalam ati ade pokok bunga ungu sbb telah hangout dengan peminat lavender dan violet .

tanx so much gurlz! muaah!


lavender liar


rindu bau lavender liar ni (baca:wild lavender). sangat.

psst: cptlaa weekend.perlukan booster dari mereka.

Maulud Nabi yang istimewa

salam maulidur rasul

ayuh, marilah kita luangkan sedikit masa yang dipinjamkan ini untuk berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang dirindui.(TT)




alhamduillah da masuk minggu kedua aq kat sekolah sk sri sekamat, skola ni pon tak asing sgt pd aq sbb skolah ni pon tak jauh sgt ngn umah,malah schoolmate sy cik dv pon salu promote skola kesayangan die ni. siap bg pesanan penaja lg.hehe mkasey yer cik dv. setakat ni aq tak lg dok di asrama tp drive sendiri dari rumah. wah terasa dewasa pulak sbb dr kecik abah yang anta g skolah kan even nk g ngaja aritu pon beliau yang anta. so far ok alhamdulillah, lau ikotkan x sampai 10 minit pejalanan ke sekolah tp salunye aq akan kluar awal sblum kol 7 supaya dpt parking yang senang nak adjust..biasalah pemandu amatur kan? dan bile sampai kt sekolah wajib menghantar psanan ringkas kpd beliau yang selalu risaukan aq dan wiranya. haha makin besar makin manje kan!

istimewanya sempena dgn Maulud Nabi juga, sekolah ni akan mengadakan majlis sambutan maulud nabi pada hari sabtu ini. yang paling sibuk tentunya panitia pendidikan islam. sah-sah juga laa kami barisan cikgu-cikgu praktikal. tugasan pertama kami disini ialah melatih murid-murid ntok membuat persembahan nasyid semasa majlis itu nanti. kat sinilah bermula kisah thriller bilamana kami guru praktikal sesi pagi dipanggil oleh GB sekolah yang sgt prihatin, dan diberi sedas dua tembakan kemudian di briefing oleh Ustaz ketua panitia yang baik hati yang meminta kami in charge sepenuhnya bhgian persembahan nasyid murid, mula-mula tebal gak muka sbb tak tahu ape-ape tp dah lumrah cikgu paktikal: سمعنا و اطعنا aje. . huuu

sejujurnya mmg aq x pernah berpengalaman conduct nasyid, apatah lg bernasyid, last nasyid ms tadika kot dan masa kat maktab pon bile nasyid je, mesti kelas kitorg tak masuk tp choral speaking, puisidra rajin plak. hai x faham aq.haha.tp sbg bakal guru mesia yang sedia berkhidmat, redahkan aje. lucunya kami dah rase mcm wat rancangan AF sendiri, bygkan seramai 40 org murid beratur mengisi nama, menyanyi menjerit pekik bgaikan sdg audition di hadapan aq dan mad. kemudian kami selaku juri telah meng-streaming budak-budak ni kepada 2 kumpulan.1 yg boleh menyanyi manakala yg kurang boleh, kami tetap bg peluang sekali lagi ntok mencuba. tapi selepas berpakat-pakat akhirnya mad selaku pengetua mengumumkan penyingkiran kumpulan 2. mmg sgt realiti show bile ade muka masing-masing dah monyok sampai ade yang menangis dan berpelukan.oh! kalaulah korang tengok sendiri..

gambar hiasan : muke monyok kerana tersingkir, siap bawak beg besar

dan proses seterusnya ialah kelas vokal dan pemurnian lagu. ade tiga seleksi lagu yg bakal dipersembahkan iaitu junjungan mulia (Al-mizan), rasulullah (hijjaz ) & insya Allah( Maher zain),yang ni telah ditake over oleh guru sesi ptg, syud dan farahin yang lebih expert bab nasyid-nasyid ni. aq ngn mad dah beralih menjadi pengkritik jemputan. kemudian kami try ensemble lagu dengan background muzik. memandangkan arini cuti maka sok sesi latihan akan diteruskan semasa aktiviti kokurikulum.hmm..mungkinkah ada yang akan disingkirkan kerana x perform well dan x hafal lirik? dptkah enzan dan husnee meng-make over dan meng-grooming 20 org finalist ini? sama-sama kita nantikan konsert final sabtu ni. jangan lupe mengundi ye? haha

pssst: i miss my dear bazzfrens damn much. sedih plak bile masa bersama kwn-kwn semakin berkurang bile da masuk tahun akhir ni. home is sweet but hostel is fun. susah kot nk jumpe sume org dah..huhu May Allah take a good care of them dan diberi syafaat buat mereka. amin