buat baik dibalas baik

salam

baik arini saya nak cerita satu cerita yang bertajuk:
"buat baik dibalas baik"


blablabla..



blablabla..

haaa..begitu lah ceritanya..
jadi moral of story ialah: setiap perbuatan yang kita buat ari ini akan mendapat balasan di kemudian hari.

buat baik dibalas?
baik

buat jahat dibalas?
jahat

pssst: kalau buat nakal dengan cikgu masa kecik-kecik dulu?

haiiiip!
(terasa i,hehe)

murid&guru dulu vs murid&guru sekarang? benarkah?

annur edisi-21




salam

alhamdulillah, akhirnya majalah annur edisi 21 telah pun siap dicetak dan kini dah berada dalam tangan dah. alhamdulillah, sgt eksaited dan teruja. sejak penglibatan 2008, personally rasenye, majalah annur kali ini adalah yang terbaik pernah dihasilkan oleh redaksi annur kerana 100% adalah hasil kerja tgn pelajar sendiri dan semua bebas berkarya tetapi masih di dalam pemantauan.boleh dikatakan tiada lagi tanggapan majalah maktab=majalah sekolah.hehe

ANNUR edisi 19 dan edisi 20

Annur edisi 21

dont judge a book by its cover. kt dlm ni mgkin x brape clear,tp dari segi pengurusan, pembikinan, gambar dan warna, printing, kualiti kertas, sumenye maveles! terbaik! dan of kosla grafik die wajar diberi pujian kan? hehe (mentang-mentangla unit grafik kan?=P). tapi hakikatnya tanpa kolaborasi padu ajk teras, dan semua unit data & rekod, unit fotografi, unit wartawan, unit iklan, unit edaran, unit bahasa, dan para penasihat, majalah annur 21 mungkin x dpt direalisasikan dengan jayanya. syabas diucapkan pada kesemua team redaks yg telah bertungkus lumus.


smart kan team redaks?


dan terima kasih juga buat unit editor bahasa, edisi 21, fikky, ziemah, wani, ecah, kirin, dzul yang sgt dedikasi ntok kolum karya dan penulisan ilmiah. walaupun orang selalu skip kolum ni, mudahan sedikit sebanyak kite dapat mengubah stigma orang ramai agar minat membaca dan berkarya dalam bahasa arab, bahasa melayu, dan bahasa inggeris. oh ye dan tak lupe pada incik kingareglove yang sudi menyumbangkan entry beliau untuk dimuatkan dalam majalah annur kali ini. apepun terima kasih buat semua.



terima kasih juga buat kekanda-adinda redaks edisi 19, 20 dan 21 dan specially dalam unit grafik 2008, 2009, 2010 atas tunjuk ajar dan perkongsian idea dan sokongan korang selama bazz berada dalam unit ni. mmg salute dengan kerja-kerja kawan-kawan yang sangat gempak dan berkemahiran. ssh senang, gelak tawa sama-sama, tensyen2 kena marah dengan atasan, sama-sama berjaga tgh mlm nak kejar dateline, semua ni akan terpahat kemas dalam ingatan..


unit grafik 2008-2010

psst: sedih nk ucapkan selamat tinggal Annur,huhu. sekalung terimakasih dan sejuta kemaafan buat team redaks annur, syabas sekali lagi. bagi yang stay,teruskan usaha!! kami menyokong kalian dari belakang.bazzsya!


penuh tanda tanya

salam

macam mane nak jadi seorang yang particular dan konsisten seterusnya perfectionist?
oke, mmg la nobody is perfect tp sekurang-kurangnya menjadi si almost perfect? macam mana ea nak kekalkan prestasi sentiasa tinggi bknnya mendatar mnunggu kong? macam mana ea orang lain boleh jadi sangat teliti sedangkan kite asek terlepas pandang?

kagumkan tengok orang lain yang jauh ke hadapan? tp untuk capai tahap tu rase cam adoiii.. bilelah tiba masanya dan bagaimana ye nak buat sesuatu dgn sempurna tanpa buat sebarang cela?

buntu dan penuh tanda tanya.


kepala penuh dengan tanda tanya macam tajuk pelajaran arini:ayat tanya


selepas 6 minggu di sekolah, hari ni merupakan hari pertama diselia oleh pensyarah pembimbing . dan hari ni jugalah hari pertama aq pegang marker selepas 2 minggu x mengajar ketiga-tiga kelas tahun 5. dikejutkan dengan observe mengejut pulak tu, mmg terkejut-kejut. bile mindset masih x betul, maka skill sgt tumpul. ditambah pulak bile apa yang dirancang dalam rancangan pengajaran,tidak menjadi kenyataan. memang hari yang cuuuukup rasa!

x perlu bandingkan dengan orang lain kerana prestasi adalah perbandingan pencapaian diri sendiri dengan diri sendiri kan? memang rasa kecewalah kerana telah mengecewakan diri sendiri. namun syukur alhamdulillah kerana pensyarah kali ini sgt lembut hati dan memberi peluang. tp x tipu, siyes Rase bersalah pulak hampakan beliau dengan persembahan yang biasa-biasa sahaja, dan rase besalah juga kerana sekadar bersedia tp tidak SEDIA BERSEDIA seperti sepatutnya.

psst: "ustzh tawu,kamu bukan seperti ini. ade sesuatu yang ada dalam diri kamu yang belum dikeluarkan lagi." terngiang-ngiang ayat pensyarah td. perlu buat sesuatu dengan diri sendiri ni. bazzya!(T.T)

tahniah!

salam

macam biasa,bile tibanya cuti sekolah adalah tibanya detik yang menggembirakan. jgn cakap murid sekolah dan cikgu sekolah je yang paling gembira, kami guru-guru pelatih maktab ni pun antara orang sgt gembira kerana dpt bercuti. tetambah senior2 sem 7 yang sedang berpraktikum di sekolah masing-masing. dapatlah menarik nafas lega sekejap dapat berehat daripada Rekod Pengajaran Harian(RPH),Bahan Bantu Mengajar(BBM),penyeliaan Major Minor last but not least: gosok baju tudung dan memandu di awal-awal hari selama seminggu.hehe

wajah kegembiraan murid-murid dan gurunya yang tumpang sekaki.

pejam celik pejam celik rupanya dah 6 minggu berada kat sekolah.ade berbaki 6 minggu lg ntok aq berulang alik dan berhempas pulas sehabis baik di SK Seri Sekamat sblum balik mengaji semula di maktab. sangat x sabar nak menamatkan pengajian hujung tahun ni dan grad dengan jayanya tahun depan. dan berdebar jugak ntok mengetahui kat mana aq dan kawan-kawan bakal dipostingkan. adekah kami akan menyambung legasi lepas yang kebanyakannya dijodohkan ke sabah dan sarawak? fuhh..

taper bazz,tu long-term planning. yang short-term planning ni ialah aq mesti berusaha ntok siapkan action research dan pulun betul-betul masa VIVA nanti. mesti cuba menjadi yang terbaik drpd yang terbaik walaupun tampak sukar. terutamanya ntok menjadi pemegang ijazah kelas pertama di IPG. ntok pengetahuanan korang, 1st class honor degree holder punye pointer di IPG ialah 3.8+ keatas. 2nd class: 3.6-3.8 (kalau x salah) dan 3rd class: bawah 3.6..
ssh kot nak kekalkan average markah terkumpul 3.8 selama 8 sem = 4tahun .batch senior dr IPIS pun hanya 2 orang sahaja yang berjaya sekaligus menggondol pelajar cemerlang option Pendidikan Islam dan Kajian Sosial.hebat-hebat belaka.


sgt jeles tgk wajah-wajah kegembiraan pelajar-pelajar cemerlang IPG seluruh mesia ni


apapun,tahniah buat mereka yang kini sudah bergelar guru siswazah terlatih.berakhir sudah penantian selama 5 tahun setengah,mesti sgt bersyukur dan puas..tahniah!tahniah!
kejayaan kalian adalah inspirasi sy.



psst: mereka batch pertama rasmikan jubah dan topi baru,haish... x sabarnyer nak grad! korang doakan aq berjaya seperti mereka taw?

anda ada syndrome apa?

salam


dalam pada nak melawan syndrome malas nak wat proposal Action Research @ kajian tindakan time-time cuti sekolah ini, syndrome atas line (online) seperti facebooking, twittering, blogwalking n youtubing tetap menguasai diri. hehe. bkn ape, sambil-sambil wat literatur review tuh banyak gak tulisan-tulisan blogger yang menarik minat dan perhatian aq supaya neuron-neuron kite ni laju berfikir dgn isu-isu yang diutarakan mereka dan peka dengan isu semasa.

dan terbaru syndrome V-Log pulak melanda.

V-log ni ala-ala blog gak la..lau blog kite sekadar menyatakan ape yang kite fikirkan melalui tulisan kt blog kan tp melalui v-log lak, we are free to speak up through your on video. aq ase mesti ramai org da kenal dah pon dengan maria elena, inianwarhadi dan matLuthfi90..korang ley terjah mereka ni dan ramai lg kat youtube nun oke? dorang ni sgt petah bercakap.in english lak tu kan cam air je..dan sgt kaya dengan unsur kecindan yg menggelikan hati tp still idea dan point2 mereka tuh siyes la ley wat batu cincin..sebagai bakal guru aq mmg nak absorb skill-skill dorg tuh. mmg layan la..

dan aq ase banyak-banyak video, yang paling lekat kat kepala aq is video cik akak maria elena ni..pasal satu syndrome ni. sgt dekat dgn kite snanye sbb kite surrounded by girls kan? korg tgk laa sendiri pasal apa..siyes nk gelak sbb ade symptom-symptom syndrome seperti yang disebutkan.

checkitout:



tol x kate beliau? mgkin ade yang betul ade yang tidak.maka sile la share kalau korg rase ksian ngn lelaki di sekeliling anda spy mereka lbih memahami diri dan keadaan anda=P

pssst: tibe-tibe ase ksian kat abah sbb terpaksa handle 4 org yg berbeza kt rumah yg mnghadapi syndrome ni.. sorry abah.haha


mari mengenal haiwan

salam
entry hari ni dimulakan dengan serangkap pantun, mari-mari, siapa mau beli?

ekorku panjang,lincah gerak geri
mulutku riuh, sungguh ceria
kalau tuan orang bestari
hah,cuber teka siapa saya??

sayalah si monyet berekor panjang dan lincah tu

hee, comelkan? si monyet ni sebenarnye ialah salah seorang kanak-kanak prasekolah pendidikan sekolah yg bersekolah kat SK Sri Sekamat.ada 5 orang semuanya.untuk pengetahuan korang, kanak-kanak pendidikan khas ni ade beberapa disorder contohnya: atira adalah kanak-kanak down sindrome, asyraf- ADHD atau hiper. steve-autisme. faizal dan jannah - CP atau msalah otot/saraf. rata-rata mereka dalam lingkungan 5-6 tahun.

kami sumer kawan-kawan monyet.. ade singa, zirafah, gajah , itik dan katak..comel kan?

eh, caner bley tukar bidang ke pendidikan khas lak ni kan? haa, nilah nak citer. kebetulan masa tu baru balik daripada relief kelas, rase nak lalu depan kelas PK ni, tetibe aq tertarik mendengar bunyik-bunyik haiwan, sekali bile tengok kanak-kanak istimewa ni sedang menggayakan costume haiwan. tu yang join sekali tu. diorang sgt ceria dan comel. ade yang berkejar-kejar nak tarik ekor zirafah dan singa sbb baju katak xder ekor pastu yang si zirafah lak pandai main acah-acah ekor die kat kawan tu. yang si itik main sep-sep kepala singa sebab kepala singa ade rambut. ada gak yang takut masa mula-mula nak pakai,pastu rebut-rebut nak pakai baju lain. lawak gak bile baju haiwan-haiwan besar cam gajah,singa,zirafah sumenye kecik dari baju itik dan katak.hehe sampai ada yang nak bawak balik baju tu. jenuh cikgu die pujuk.

hee, dah rasa macam cikgu pendidikan khas plak bile berada kat sini, tp personally aq sangat kagum dengan pendidik-pendidik pendidikan khas ni..dorang sangat sabar dan lembut melayan kanak-kanak istimewa ni..bayangkanlah menjaga 5 orang kanak-kanak istimewa ni seumpama mengajar 40 orang murid normal.cikgu die kena fit enough nak angkat dak-dak CP yang xley berjalan, nak mengejar kanak-kanak ADHD... ade cikgu yang kena tumbuk-tumbuk,kena tarik baju dan tudung bile kehendak kanak-kanak yang autisme x dipenuhi. aq pon siap kena tolak lagi masa dak tu mengamuk.pastu nak layan kanak-kanak down-sindrom yang bercakap-cakap depan cermin dan nak uruskan dak CP yang takley nak pakai baju sendrik dan pakai lampin.

berdasarkan pemerhatian aq semalam, kanak-kanak ni harmless senanye tp die bley jadi agresif bile-bile masa terutama bile die rase insecure dan nak kan perhatian, tp cikgu-cikgu PK ni senyum je dan tak pernah marah dan x kan boleh nak marah kat dak-dak ni..yelah diorang pon x mintak dilahirkan macam tu kan? huu, nak menitis gak la air mata bile aq tgk diorang menjaga kanak-kanak istimewa ni..(TT)

kami mengucapkan selamat bercuti semua!
nak kenal haiwan jomla pergi zoo cuti ni. yay!!

psst: bersyukurlah kite sumer dilahirkan cukup sifat, dan jangan ketepikan hak mereka yang istimewa ni juga.(TT)


hujan

salam

hoho.arini memang hari hujan sedunia buat aq..dari pagi td hujan dilangit, ptg hujan dimata dan satgi mungkin hujan dihati.sgt mencabar skill pemanduan mental fizikal, dan juga skill pemanduan amatur aq.

bersusah-susah ntok sesuatu yang mudah dan akhirnya menyusahkan aq, sangat berjaya buatkan aq susah hati dan susah kepala otak.

bila dah buat sehabes baik tp dinilai macam sehabes buruk atas kesalahan kecil dan selebihnya kerana kesalahan orang lain yang terpaksa aq galas atas bahu, lantas beri momentum yang teruk pada prestasi aku, benar2 telah berjaya menjadikan aq mangsa keadaan. percayalah,kau dah menang kerana aq tidak akan pernah menyalahkan kau dan mereka tp sebaliknya akan meningkatkan level kritik diri aq sahaja..

yaa..itu mmg kelemahan aq dan kau sangat berjaya buatkan aq rasa seperti loser!

cis!!! hujan lagi!



tp bila aq duduk dalam hujan ni sendirian baru kusedar yang sebenarnya aq dah menang!

aq menang kerana dapat mendekati mereka dgn cara aq, bukan dengan cara kau.aq menang bila aq dapat counter sume ketakutan dan tajamkan kemahiran aku yg tumpul sblm ini.aq mmg menang bila ada mereka yang sentiasa menyokong aq dan mencari konklusi ntok aq tika buntu.

dan... aq menang bile aq ada dia yang sanggup turun ke benua aq.

TERIMA KASEH!!

pssst: buat apa susah,buat apa susah..susah ituuu x ada gunanyaaaa!

Ape je yg susah,hidup bersyariah.. Sunnah itu berganda pahalaaa..
Jgn ambil mudah,malaikat kan sesah.. Susah lagi menuju ke Syurgaaa.. ^^,

lagu motivasi dalam hujan ntok harini..bazzsya bazz!!