kau di hatiku


salam

mendung je arini.. semendung hati mereka.
Sedih bagi pihak mereka. namun apakah yang mampu kami lakukan selain mendoakan yang terbaik ntok kamu, kamu dan kamu. bukan kami yang merasai dan menanggung kesakitan itu. walaupun tidak berada disisi kamu tika itu
namun sedih rasanya melihat tangisan itu..

sudahlah kawan...
jgn menangis, bertenanglah...



kau di hatiku.walau apa katanya.
ingat tu


to my dear @zahidah samsuddin, happy birthday..
aq x tawu kat mana silapnya, segala yg dirancang x menjadi..maaf kerana jadi orang yang terakhir mengucapkan :



hidup segan mati tak mahu

salam

wokeh ni adelah entry pertama saya selepas blog ni menyambut hari ulang tahunnya yg kedua pada hari guru yang lepas. Selamat Hari Lahir kepada "blog back to basics" dan Selamat Hari Guru kpd tuan blog dan rakan-rakan blogger

Daisypath Anniversary tickers

yay! since da pon masuk tahun kedua berblogging, banyak gak perubahan positif yang berlaku antaranya semakin rajin berjalan-jalan ke suatu blog ke suatu blog berbanding mengepost entry. haha. perubahan ke tu? pernah rakan bertanya ttg blog ni dan suruh sy promote link kt die tp malas laa, ade gak yg suruh bukak semula shout mix tp tamo laa kerana saya akui saya kurang keterbukaan ntok komen mengomen dgn org yang kurang dikenali dan mengenali sy gpun saya bukan la blogger tegar dan serius sgt.. kewujudan blog ini pon sekadar suka-suka dan mengeratkan rakan-rakan yang sedia ada dalam alam maya. namun bila semakin ramai rakan yang dah tutup blog sy pon da rase kureng smgt skit..tp asenye sesuai benor ler dngan pepatah hidup segan mati tak mahu..hee

tp semangat ntok berblogwalking masih tinggi lg..best kot tgk dan baca apa yang orang lain tulis. basically sy suka blog yang bile kite tengok kite akan cakap "WAW!", " eh yeke?", " ek eleh..", " OMG!" <---hiperbola sgt ni..oke oke skg sy da list down kan bloglist yang boleh dikatakan hari-hari saya usya n harus anda lawati jugak

suggested link
  1. http://blogserius.blogspot.com/
  2. http://sengalman.blogspot.com/
  3. http://goofspotonfilm.blogspot.com/
  4. http://keretamayat.blogspot.com/
  5. http://terfaktab.blogspot.com/
  6. http://bernama.com.my
  7. http://beautifulnara.com
  8. http://hanatrg.blogspot.com/
psst: korang ade link yang best2 gak x?share2

sayang kamu

salam

ni entry saje-saje ntok luahkan rase hati...

biarpun kite semua akan terpisah jauh..makin ramai yang punya komitmen, moga-moga ukhwah yang terbina ni kan kekal selamanya..
sbb saya sayang kamu semua..

PISMP 7.07

2nd intake ambilan Julai 2006


may 2011 @ austin steak house

psst: ingat-ingat itu remember,jgn lupa itu dont forget. saya sayang kamu..I LOVE U..hanya engkau only you


borang posting dan kad kawen



salam


fuhh..wpun mggu ni baru mggu pertama pulang ke maktab tp penatnyer... tambah penat bile kau lame atas jalan, berulang alik dr umah ke maktab-maktab ke rumah. otakpun agak penat bile memikirkan ayat ape yang nak dikarang lagi ntok kertas cadangan. ermm.. ms praktikal 3bln aritu kena g skolah 6 hari seminggu pon taper lg. tp da lek maktab nak menyudahkan 4 hari ntok minggu ni pon jenuh.

dan minggu pertama ni juga semua org sibuk-sibuk dah nak isi borang posting. AR x siap lagi tp dah gelabah pikir nak pilih which place to go walhal belum tentu lg destinasi pilihan tu destinasi yang sebenar..macam-macam ragam dan gaya dapat dilihat gara-gara borang posting ni. mana yang dah kawen/nak kawen dah boleh tarik nafas lega dah. sedia berkhidmat di mana-mana. yelah dah secure kan? ade gak alasan yang kuat nk ikut bakal suami/isteri bagai. dan semakin ramai plak yg publish kad kawen kat fesbuk. sume dah queue masuk waiting-list. haii.. ni yang ase nak kawen gak ni..

sile klik untuk tumbesaran

maaflah pada siapa yang rase terkejut or tersentap. bertubi-tubi orang tanya sal benda ni. tak pernah contact pun tanya. tp sebenarnya tak perlu pun nak ase terkejut tu. in fact, aq bukan public figure sampai sume nak kecoh-kecoh pun.kalau kau betul-betul kenal aq, kau pasti tahu siapa nama mak ayah aq dan adik beradik aq. even paling koman pun, kalau tak engt nama pun bley bajet kot yang ini bukan kad kahwen aq sbb adek beradik sume perempuan. haha. jgn isaulaa, ade orang ckp kalaw ada jodoh jauh mana pon tetap jodoh kita.. kebenaran yang ase cam pahit nak telan. *sigh*. jadi untuk pengetahuan semua : sy sekadar pemegang amanah dari cikgu senior di SKSS supaya memanjangkan jemputan kepada cikgu praktikal lain. Alhamdulillah x sia-sia ada fesbuk kan? dapat eratkan silaturrahim. much2 better daripada berkeluh kesah tentang si polan ni dan si polan itu akibatnya putus semua talian persaudaraan gara-gara laman sosial. nauzubillah.

dan oh ye! HAPPY BAZZDAY kakngah..

may Allah bless u..
best x dapat makan kek resepi rasia td? moga kamu terus success dlm bidang kamu.moga jadi anak yang soleh, pelajar cemerlang dan hamba yang terbilang, senyum je macam TU x kira berapa berat dugaan yang datang. bazzsya!
lots of luv dari kakyong.

psst: hm..sy kunci keputusan saya! saya nk ikut suami mak sayala..haha=)



terima kasih

salam
akhirnya tempoh 3bln di SKSS telah pun tamat. sedih dan sayu terpaksa berpisah kerana inilah praktikum yg plg manis pernah aq lalui. Alhamdullillah,Allah mudahkan hingga ke akhirnya.

aq engt lg betapa strugglenye aq sejak dr mula, bilamana unit praktikum telah tetapkan tempat praktikum dan rakan seangkatan di suatu sekolah yang agak jauh, masalah penempatan yg x sudah2.. isu pengangkutan lg, cube bertindak dewasa tp tanpa toleransi dua pihak, nyata pakatan x berjaya . x terkira berapa banyak air mata yang pernah tumpah sebelum dijodohkan di SK Seri Sekamat..

merelakan ntok ke SK Seri Sekamat mmg merupakan keputusan yg sgt drastik. sgt. masakan tidak. sbb aq yakin, x ramai yg sggup berulang-alik dr sekolah bersendirian sdgkan org lain menikmati detik2 sem terakhir bersama rakan2 sebaya. x berteman di sekolah, sedangkan orang lain segerombolan geng bergerak seiring ke sana ke mari. mmg terasa kesunyian. rase macam dah memegang title guru terlatih yang dah lama bekerja bknnye guru pelatih yg sdg berpraktikum.

Alhamdulillah disini aq belajar byk benda, ukhwah baru yang segar dibina. kedatangan kami dialu-alukan.. suasana bekerja yang selesa walaupun perihal murid-murid yang agak mencabar. guru pembimbing yang sangat membantu dan membimbing selama aq berada disini, juga rakan seangkatan yang mesra walaupun mereka lebih senior daripada kami. paling x boleh lupe ialah saat mereka sama-sama menolak keretaku yang rosak di tengah panas dalam kawasan sekolah. hehe .walaupun berteman lebih baik tapi rupanya bile kau sendirian maka otomatik kau akan berdikari dan punya survival diri yang tinggi. mmg pengalaman berharga.


penyeliaan demi penyeliaan aq lalui. pelbagai komen dan kritikan aq terima. pernah aq jatuh namun berkat doa dan sokongan mak abah, kangah dan adik iqa : aq kembali gagah. terima kasih kerana x pernah henti-henti menyokong kakyong dan sudi mendengar celoteh dan omelan kakyong setiap hari,terima kasih Mak selalu bekalkan kayong breakfast. terima kasih abah yang selalu bimbang bile kakyong memandu.kasihmu amat kujunjung. juga terima kasih pada wiraku yang sentiasa ada untuk meminjamkan dirinya untukku, walaupun aq tawu dia sgt sibuk dibenuanya, juga sahabat yang benar-benar sahabat yang selalu menyokongku, ditambah pula cabaran daripada bekas guru-guruku. terima kasih buat murid-muridku yang lebih advance. semua ini menjadi azimat buat aq. Alhamdulillah semangat yang pada mulanya mendatar terus mendaki menuju puncak.






dan pelajaran paling bermakna buatku sepanjang praktikum kali ini ialah:

"hanya
ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat kita semua,mungkin apa yang kita akan lalui itu bukan jalan yang terbaik, maka ALLAH sediakan jalan yang lebih baik dari apa yang kita hajatkan."

Syukur Alhamdulillah rezeki aq disini, Terima Kasih Allah,
ala kulli hal wa ni'mah .Terima kasih SK Seri Sekamat dan terima kasih buat semua..Hanya Allah yang mampu membalasnya.(T.T).


"Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik Perancang dan Penilai”