peringatan bagi dosa semalam



salam

bilamana musibah itu dianggap sebagai UJIAN, kita akan cenderung untuk tanya:
"Ya Allah, kenapa aq diuji sebegini? apakah dosaku?"

bilamana musibah itu dianggap sebagai UJIAN , kita akan cenderung untuk kata:
"Ya Allah, kalaulah aq x buat itu dan ini, tentu ujian ini takkan berlaku"

bilamana musibah itu dianggap sebagai UJIAN , kita akan cenderung untuk meraung dan berteriak: " Ya Allah, mengapa begitu mengapa begini? Ya Allah, kalaulah itu kalaulah ini!"


astaghfirullah.

rukun iman keenam: percaya pada qada' dan qadar.


apa yang sepatutnya ialah, bilamana musibah ini yang telah berlaku ini. usah sesekali dianggap sebagai ujian, maka sesungguhnya kita akan dapat PERINGATAN bagi dosa semalam.


astaghfirullah.


bilamana musibah ini dianggap PERINGATAN
kita akan cuba mengingati dosa-dosa semalam yang telah kita lakukan, muhasabah diri atas kelemahan diri bukan menunding jari ke arah orang lain. mungkin ia yang berpunca daripada hati kita. tak bukan kita tapi aku.

astaghfirullah.

bilamana musibah ini dianggap PERINGATAN
kita akan yakin bahawa kita boleh hadapi musibah ini, kerana Allah tidak akan membebani sesuatu yang melebihi kemampuan kita. asalkan kite redha dengan ketentuan, cekal dan bijak mengawal tindakan juga tawakal.

astaghfirullah.

bilamana musibah ini dianggap PERINGATAN
kita akan sedar bahawa dengan mengingati Allah ketika kita senang, maka Allah akan mengingati kita ketika susah.namun kebiasaannya kita insan yang pelupa, dan pentingkan diri..hanya mengingati Allah waktu kita susah. sewaktu dosa semalam telah diberi balasan kepada kita. tak bukan kita tapi aku.


astaghfirullah..

p/s: only Allah knows how? who? what? when? where? why? so trust Him. (TT).


1 comment: