klon-klon kek cekelat




salam 

hai-hai.. tengah buat apa tu? hee harini  masih lagi cuti.. sampai la ni aku tak faham nape maktab cuti deepavali sminggu..sdgkan raya puasa aritu pon tak puas nak cuti.kompius jap haha! tp tak kesahlah kan. jadinya bangun-bangun pg td terus rasa nak makan kek, asek delayed je. namun selepas di smashed oleh emak tersayang kerana menjadi regular customer di Secret Reciepe (SR) dan deal lebih kurang ngan beliau, maka saya ingin berkongsi dengan puan-puan sekalian resepi mak saya iaitu :

"Kek Cekelat LembaP" 


  • bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 1/2 cawan Tepung Naik sendiri
  • 1 cawan Gula
  • 1 tin Susu Cair
  • 3/4 cawan Serbuk koko
  • 1 cawan minyak
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. kukus dulu loyang-loyang ke acuan beberapa minit (supaya nanti senang, tak melekat)
  2. Bancuh serbuk koko+tepung+gula.
  3. pukul telur sampai kembang+minyak+susu 
  4. Kacau kesemua bahan sehingga sebati.
  5. Kukus selama 1 jam.


Dah siap! senang je, x sampai sejam pon senanye, asalkan x lekat-lekat tu dah kira jadik la tu..daaan rasanya lau korg nk lagi moist ley tambah susu pekat.  tetapi nampaknye kek cekelat lembap yang dirancang td telah diklonkan menjadik :


"CUPCAKE CEKELAT LEMBAP"

konon-konon cupcake cekelat kt kenny rogers tu..ni klon die

then ada balance lagi jadi aku kukus je pakai loyang, tetiba dapat idea plak


jeng jeng jeng



 "CHOC INDULGENCE"




haha,indah khabar dari rupe
eskrem dah cair..anggaplah konon-konon choc indulgence kt SR yang telah diklonkan.





hukhuk.. maaflah mungkin rupa tak seberapa, entry ni pon bukan bertujuan nak gebang reti buat kek ke hape..tapi moral of story disini ialah: nak buat sesuatu senanya x susah, tinggal nak wat ngan tak je. berpuas hati lalu behenti disini atau terus mencuba. pilihan di tangan anda. nak makan klon-klon hasil air tangan anda atau air tangan orang lain. nak bagi kite kenyang atau tuan punye kedai-kedai tu kenyang.ha3!


pssst: "There isn't complicated thing in this world, only complicated-minded people make simple things complicated."





terus mendaki!

salam

"If you're trying to achieve, there will be roadblocks. But obstacles don't have to stop you.
 If you run into a wall, don't turn around and give up. 
Figure out how to climb it, go through it, or work around it."

michael jordan


perlu mendaki kerana masih di kaki bukit----->orang lain da konvo baru nk viva=P


psst: to roy mustang, keep on climbing. selamat betapa ke atas gunung dan get tough! May Allah bless=)



dag dig dug!

salam,

sejak-sejak jadual penilai keluar, takde ayat yang boleh menjelaskan macam mana rase dalam <3 ni kecuali:


dag dig dug!



bakal dinilai oleh penilai yg hebat-hebat belaka! cuak!



 kesan dari kegopohan
1) 95% kebijaksanaan hilang
2) 3 % menyumbang kepada kesalahan
3) 2 % kekalahan sebelum berjuang.
always be cool


pstt: tp skg sy perlukan sokongan dan doa bazzfren sume ntok coolkan dag dig dug sy ni. tlg doakan sy lancar berkata-kata,  faham soalan dan menjawab dengan yakin! 


MISsTAKE

salam
konon-konon nak wat #wordless wednesday tapi suka plak kata-kata ni. enjoice.






Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu, 
kerana dia telah membuat hatimu kuat.



Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu
kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.



Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu
kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu.





psstt: TERIMA KASIH ntok yang penah menyayangiku dalam tempoh 22 tahun ni. please forgive my mistakes.  doakan yang baik-baik ntok aq bagi menempuh tahun yang akan datang. esok.=P