wordless wednesday #1 bumi kenyalang

salam

buat pertama kalinya, aq merasmikan wordless wednesday yang pertama dalam blog ini, haha

 korg tengok la sendiri


memang wordless kan? dan speechless.hee



alhamdulillah, akhirnya sudah dipanggil bekerja, teruja nak pg tempat orang tp tulah.. bak kata kawan aq, sekejap gembira skejap sedih jugak bile kenangkan semua kesayangan dan mengenangkan ni adalah satu permulaan karier bukannya trip pelancongan..(tapi boleh jadi jugak. hee.) mmg ade kecelaruan emosi sikit..hee.. orang dok bahan-bahan suh kawen awal barulah dapat tukar bagai tp ingat senang? ada je yg berpisah suami isteri, klw dapat tukar pon dr swak ke sabah dr sabah ke srawak.bgitu juga dengan faktor kesihatan ibu bapa. takde jaminan laa korg. aq sendiri dah bercakap dgn pegawai bahagian sumber manusia selepas naik sendiri ke KPM smalam, katanya ada 4 ratus  lebih  belum dipanggil kerana gagal temuduga, tambahan pulak skrg ni zaman lambakan guru dan tader kekosongan bg sesetengah option kt semenanjung ni. maka redhakanlah dan doakan yang terbaik ntok aq dan family.

bg aq.. kputusan ni buatkan aq berazam nak jadi guru cemerlang kat sana dan kalaw boleh nk smbung blaja trus bile dah stabil, who knows dapat balik awal kan? dan ni lah jalan untuk aq balas jasa mak abah dan upgrade kehidupan yang baru nak mula ni.(mana taw dapat kawen awal ke? hee.). moga Allah cekalkan hati aq mngajar di bumi kenyalang dan ketabahan kesayangan semua. Amin


psstt: sudahnye xjugak wordless entry aq ni.. hikhik.skrg tgh tggu JPN Sarawak inform sekolah kat mana dan tarikh flight yg accurate.. sapa yang asa nk jumpe..lai lai, ley aq kutip sumbangan sara hidup 3 bulan kat sana sebelum balik konvo yer? haha



pembuka tirai 2012

salam

ahlan wa sahlan! selamat datang tahun 2012, tahun yang menjanjikan pengalaman-pengalaman baru dan pastinya lebih mencabar selepas meninggalkan bangku maktab selama lima setengah tahun yang lepas. fuuh mari ramai-ramai upgrade azam dan iltizam tahun ini.


2006-2011: selamat tinggal zaman guru pelatih ,
2012: selamat datang para guru novis sekalian! 



 suke gambar ni, ada unsur bokeh disitu


sebagai pembuka tirai entri 2012 dan penghujung cinta bagi tempoh pengajian yang panjang itu, insya Allah buat pertama kalinya aku akan merasai sendiri pengalaman bergraduasi di PICC pada Mac nanti. syukur alhamdulillah, moga dipanjangkan jodoh, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan kelapangan pada hari itu. tak sabar rasanya nak menghadiri raptai bersama kawan-kawan, melihat wajah-wajah kesayangan, dan bunga-bunga cinta dan lensa kamera berkelipan...haha. 



 jemput datang eh?


psstt: anda-anda yang berkenaan, sila save the date dan tempah bunga awal-awal.=P